Kategori Berita Antarabangsa

Tujuh menteri tubuh kumpulan muzik

5 JAN: Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai menteri, tujuh anggota kabinet Presiden Joko Widodo atau Jokowi sempat menubuhkan sebuah kumpulan muzik.

Laporan Kompas menyebut penubuhan band  diberi nama Elek Yo Band itu turut mendapat komen positif Jokowi ketika merasmikan mesyuarat dwitahunan di Istana Negara, Jakarta pada Khamis.

“Saya hargai penubuhan kumpulan muzik Elek Yo Band, buruk ya tapi tak mengapa,” katanya mengundang ketawa menteri dan ketua agensi kerajaan yang hadir.

Dalam dialek Jawa perkataan ‘Elek’ bermaksud ‘jelek’.

Band ini dibarisi Menteri Tenaga Kerja Hanif Dhakiri dan Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi yang bermain gitar akustik, Ketua badan Ekonomi Kreatif Triawan Munaf (keyboard) dan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono (dram).

Manakala tiga menteri menggalas tugas sebagai penyanyi iaitu Menteri Luar Negeri Retno Marsudi, Menteri Kewangan Sri Mulyani dan Ketua Staf Kepresidenan Teten Masduki.

Elek Yo Band pernah membuat persembahan ketika majlis resepsi anak Setiausaha Negara, Pratikno, di Yogyakarta, hujung tahun lalu, yang turut dihadiri Jokowi.

Di majlis itu, Elek Yo Band mendedangkan lagu yang dipopularkan oleh Iwan Fals yang berjudul ‘Bento’.

Pada awalnya Jokowi diletakkan sebagai pemain dram namun keran tidak sempat mengadakan latihan, tempatnya diganti oleh Basuki Hadimuljono.

“Memang awalnya Pak Jokowi mahu main dram. Tapi sayangnya beliau tidak sempat latihan seperti kami, akhirnya tidak jadi,” ujar Teten.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 January 2018 12:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: