Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tular berita palsu: Pemuda UMNO Sabah lapor polis

17 APRIL: Pemuda UMNO Sabah membuat laporan polis susulan penularan video sejak semalam berhubung dakwaan pemimpin negeri itu terbabit dalam amalan rasuah.

Penolong Setiausaha Pemuda negeri, Mohd Bahrin Abdul Karim mendakwa penularan video itu yang didalangi oleh pembangkang menunjukkan betapa terdesaknya pihak berkenaan untuk memegang kuasa sehingga sanggup menabur fitnah.

“Di sebabkan itu, kami mengesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci di bawah akta berita tidak benar yang dikuatkuasakan baharu ini,”katanya dipetik BH Online.

Tambah Bahrin, portal berita The Star juga sudah menafikan menerbitkan video berkenaan.

Beliau berkata selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu rakaman video berdurasi satu minit 34 saat itu memaparkan seorang lelaki membuat kenyataan berhubung beberapa salah laku beberapa pemimpin di Sabah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 8:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: