Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tumpah asid dalam pesawat kargo MAS

13 SEPT: Satu kejadian tumpahan asid berlaku di ruangan kargo pesawat Boeing 737-838 milik Malaysia Airlines  (MAS) petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Kinabalu dalam satu kenyataan berkata, tumpahan cecair berbahaya itu dikesan ketika pesawat berkenaan berada di kawasan meletak pesawat.

“Sebanyak 10 anggota pasukan HAZMAT dihantar ke lokasi selepas menerima aduan daripada pihak lapangan terbang pada jam 6.15 petang.

“Pembersihan ke atas bahan asid dilakukan menggunakan serbuk sulfur sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas dan diserahkan kepada pihak lapangan terbang untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pesawat terbabit yang membawa penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baharu sahaja mendarat ketika tumpahan asid dikesan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 10:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]