Kategori Berita Utama

Mahathir dan HARAPAN tiada harapan – MT UMNO

24 OKT: Sambutan dingin rakyat Kedah terutama Melayu ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan gabungan pembangkang dinaungi beliau tidak diterima meskipun di negeri kelahirannya.

Jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kebanyakan rakyat negara ini sedar bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) didominasi oleh DAP.

“Apa yang saya lihat secara keseluruhan, bila Tun M dan Mukhriz balik ke Kedah atas nama pembangkang minta rakyat sokong, kalau itu sambutannya, nampak sangat ia tak ada sambutan.

“Sebab apa? mereka tak ada harapan yang sama.

“Keseluruhan, PH yang didominasi oleh DAP tidak begitu mendapat tempat di kalangan orang Melayu, sama ada di kampung atau bandar boleh lihat walaupun Tun M sebagai Pengerusi,” katanya di perkarangan Parlimen, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sambutan dingin oleh rakyat Kedah ketika Dr Mahathirmenghadiri program ‘Rapat Umum  Selamatkan Malaysia dan Kenduri Rakyat’ sempena  pada Konvensyen PAN bertempat di Alor Setar, minggu lalu.

Pada masa sama, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu mengumumkan senarai jawatankuasa PPBM Kedah apabila anaknya, Datuk Mukhriz akan mengetuai pimpinan di sana.

Turut kelihatan hadir juga serta memberi ucapan adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden PPBM,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu selaku tuan rumah.

Jelas Mahdzir bangsa Melayu khususnya tidak melihat Pakatan Harapan sebagai masa depan politik yang terbaik bagi menggantikan UMNO dan BN.

“Kita hanya dapat lihat usaha Dr Mahathir menyerang PM berkisar kepada semua jenis pemberian, siapa dapat duit maknanya makan dedak, beri elaun kepada nelayan, pemberian cash tu dia kata tak betul.

“Sebenarnya Tun Mahathir sendiri gelisah sebab rakyat terima secara langsung daripada kerajaan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 4:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: