Kategori Berita Utama

Tun M dicabar namakan calon PM pilihan

22 MEI: Tun Dr Mahathir Mohamad digesa menamakan calon ketua negara untuk Pakatan Harapan susulan tindakannya tidak mengangkat sepanduk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-7 sewaktu Kongres Nasional PKR semalam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata tindakan berkenaan memberi gambaran bahawa Pengerusi PPBM itu sebenarnya tidak senada dengan pembangkang lain serta mempunyai agenda yang tersendiri.

“Ianya bukan saja membuktikan ketidaksefahaman dalam pakatan berkenaan, malah menunjukkan mereka ketandusan calon untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri

“Justeru, bekas Presiden UMNO itu dicabar supaya mengemukakan calon pilihannya ataupun pilihan PPBM yang kononnya mungkin lebih layak memimpin negara,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Pada Ahad, gambar Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengangkat sepanduk  ‘Anwar PM ke-7’ menjadi tumpuan pengamal media dan netizen di media sosial.

Tindakan itu bagaikan memberi isyarat bahawa PPBM tidak menyokong Ketua Umum PKR diangkat sebagai calon ketua negara seandainya Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Lebih mengejutkan ketika barisan kepimpinan pembangkang lain seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Lim Kit Siang, dan Mohamad Sabu memegang sepanduk tersebut, Tun Mahathir  dilihat asyik mengambil gambar tanpa menghiraukan orang lain.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai tindakan Tun Mahathir yang menandatangani petisyen untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang itu, Sohaimi (foto) berkata bekas Perdana Menteri itu lupa akan tindakannya peristiwa beliau yang pernah berusaha keras untuk memenjarakan serta memecat Anwar sebagai Timbalan perdana Menteri suatu ketika dahulu.

“Saya melihat, ianya bukan saja menyokong kepada perbuatan jenayah yang dilakukan bekas ketua pembangkang itu, malah turut tidak menghormati sistem perundangan negara.

“Jelas beberapa tindak-tanduk Tun Dr Mahathir bukan saja banyak melakukan ‘u-turn’, tetapi membuktikan yang beliau mudah lupa dengan apa diungkapnya sebelum ini. Jelaslah, Melayu tidak mudah lupa, tetapi Tun yang selalu lupa,” dakwa beliau lagi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 May 2017 2:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: