Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tun M digesa benarkan SPRM siasat

12 OGOS: Mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memberikan kebenaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aset beliau dan anak-anak sekiranya tidak melakukan kesalahan sepanjang 22 tahun menjadi ketua negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu perlu berpendirian terbuka selepas membuat tuduhan melulu terhadap Timbalan Perdana Menteri.

“Berani kerana benar, takut kerana salah dan kalau kita berani mencabar orang kita mesti berani untuk dicabar,” katanya selepas merasmikan Program Gelombang Tani Nasional 2017 di perkarangan Dewan Serbaguna, Kampung Pahang Tua, Pekan, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau sedia disiasat SPRM berhubung tuduhan memiliki wang sebanyak RM230 juta.

Sejurus itu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengalu-alukan siasatan oleh SPRM terhadap ahli keluarganya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 10:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]