Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dr.Mahathir perlu kembali ke sekolah belajar rukun negara

13 DIS : Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata Tun Mahathir Mohamad perlu kembali bersekolah seperti pelajar darjah satu kerana lupa akan Rukun Negara yang didalamnya terkandung tentang kepatuhan terhadap raja dan negara.

“Tidak ada Tun Mahathir ini bila menerima teguran daripada sultan beliau perlekehkan buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran, bagi kami mereka ini tidak mematuhi perdaban, dari kecil kita sudah diajar cara untuk mematuhi dan setia pada raja dan negara, hari ini saya bawa buku sekolah dari sekolah rendah, di belakang buku sekolah ada rukun negara, percaya kepada tuhan kesetian kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan.

“Kita perlu patuh kepada rukun negara jadi kalau orang lain ada kes di Johor di Perak yang tidak hormat dan patuh dengan rukun negara akan dipenjara dan didenda, kita sebagai rakyat Malaysia walau tak bijak macam Tun Mahathir, kita perlu patuh sejak di bangku sekolah kerana setiap hari kita pegang dan baca.

“Kenapa mereka biadap dan sopan tidak patuh? saya sifatkan Zaid Ibrahim dan Tun Mahathir ni dan isterinya adalah individu yang kurang ajar dan tidak patuh pada rukun negara,” katanya di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Rabu.

Jamal dalam masa yang sama telah membuat laporan polis sekali lagi terhadap ketiga-tiga individu tersebut di balai polis itu supaya tindakan diambil terhadap mereka.

“Saya akan teruskan dengan tindakan sebegini terhadap ketiga-tiga individu tersebut, saya sebagai rakyat Malaysai lahir di Selangor melihat sultan saya dihina dengan kejam, saya dan rakyat Selangor akan bangkit menentang mereka.

“Sepatutnya mereka dapat pendidkikan baik di negara ini dan pernah jadi pemimpin, sedikit sahaja teguran dibuat mereka sudah seperti kebudak budak merajuk, kita tak kisah kalau mereka nak pulangkan pingat jika dia taka da krisis dengan Sultan Selangor, tapi ini namanya biadap,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2017 4:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: