Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tun M terdesak, sanggup berseteru dengan Kit Siang

7 MEI:  Tun Dr Mahathir Mohamad disiftakan dalam keadaan terdesak sehingga sanggup berseteru dengan DAP untuk bergantung harap.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bekas perdana menteri itu jelas membuat pusingan U kerana sebelum ini beliau lantang mengkritik parti serpihan PAP itu sebagai sebuah parti perkauman yang membawa fahaman sempit.

“Tidak sesiapa pun menyangka Dr Mahathir boleh membuat pusingan U sebegitu, namun demi kelangsungan kepentingan politik peribadi beliau dan anaknya, beliau sanggup berbuat apa sahaja.

“Jadi untuk beliau boleh menumpang dalam pakatan pembangkang, beliau terpaksalah buat apa sahaja termasuk membuat pusingan 360 darjah memuji Penasihat DAP Lim Kit Siang yang dahulu lantang dikritiknya,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Terbuka Piala Pusingan Ahli Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera, Pahang, Ahad.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berpendapat Tun Dr Mahathir  berbuat demikian selepas melihat DAP mempunyai kerusi paling banyak berbanding dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Betullah Dr Mahathir mudah lupa, beliau sudah lupa apa yang beliau cakap dahulu, mungkin beliau sudah lupa segala-galanya,” katanya

Semalam, Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau selesa bekerja dengan DAP berbanding mana-mana parti kerajaan serta menegaskan tindakannya itu adalah kerana cintakan negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 4:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: