Kategori Berita Utama

Tun M tiada pegangan gadai prinsip perjuangan

31 MEI: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta melihat cermin sendiri sebelum mendakwa pihak lain tidak mempunyai semangat nasionalisma dan patriotisma.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menegaskan bekas Perdana Menteri itu sebenarnya yang telah mengorbankan prinsip perjuangan dipegang selama ini demi kepentingan peribadi.

“Kalau semangat Dr Mahathir ini benar-benar kuat, dia tak akan jilat balik apa yang dia cakap,” kata Noh pada sidang media selepas menghadiri majlis agihan bubur lambuk kepada warga kerja Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya, Rabu.

Noh yang juga Menteri KPKT berkata, sebelum ini Tun Mahathir sendiri mendakwa DAP sebagai parti cauvinis dan perkauman.

“Jadi, macam mana dia boleh korbankan prinsip perjuangan dia demi kepentingan peribadi?” katanya lagi.

Dilaporkan semalam bekas Presiden UMNO itu yang kecewa penjualan saham Proton kepada Syarikat dari China Zheejiang Geely, telah menulis di blognya mengecam orang Melayu sekarang tidak mempunyai sifat kebangsaan yang tinggi dan lebih mementingkan diri sendiri.

Menceritakan bahawa beliau membesar di zaman melawan Malayan Union dan membebaskan negara daripada jajahan British, Tun Mahathir berkata, seperti orang lain, beliau ketika itu bekorban menggunakan wang sendiri untuk berjuang tanpa mengharap apa-apa balasan demi maruah bangsa.

Namun, katanya, apa yang berlaku hari ini, orang Melayu banyak berubah dan ramai di kalangan mereka tidak lagi sayangkan bangsa dan negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 May 2017 4:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: