Kategori Berita Utama

Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka

8 JULAI: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menjaga mulut atau segala aib dan kepincangan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri akan didedahkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai manusia biasa, Tun Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan namun semua itu ditutup demi menghormatinya.

Namun, tegas beliau, tindakan Tun Mahathir mengkritik UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hilang sabar.

“Zaman beliau (Tun Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk, Hutan Melintang hari ini.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri pada pukul 9.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Khairuddin Termizi dan lebih 500 perwakilan.

Selepas majlis perasmian, beliau dijadual menghadiri program Rumah Terbuka Jalinan Kasih TPM di Sekolah Menengah Hutan Melintang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 July 2017 12:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: