Kategori Berita Utama

Tuntut naik elaun ahli parlimen

Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojinggoh menggesa kerajaan mengkaji semua emolumen atau elaun  ahli-ahli Parlimen memandangkan elaun wakil-wakil rakyat di negeri-negeri sudah banyak dinaikkan.

Katanya, cadangan ini pernah dibangkitkan pada Penggal Parlimen ke 12 tetapi mendapat tentangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa semua setuju (termasuk pembangkang) kecuali Permatang Pauh. Ada yang merungut. Saya harap perkara ini dapat dirujuk kembali disebabkan ada desakan (pihak BN dan pembangkang),” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 Isnin.

drmarcimusputatan

Dr Marcimus…tuntut elaun wakil rakyat dinaikkan

Menurut Dr Marcus, ini membolehkan ahli-ahli  Yang Berhormat berkhidmat lebih baik dan menjadikan parlimen Malaysia berkelas dunia.

Elaun wakil rakyat kini Cuma RM6,900 sedangkan Kedah baru sahaja menaikkan elaun wakil rakyat atau Adun kepada RM6,967 sebulan.

Beliau juga mencadangkan kerajaan menyusun semula peruntukkan bagi ahli parlimen yang dilantik dalam jawatankuasa-jawatankuaa khas yang dibentuk oleh Parlimen.

Dr Marcus turut berharap kerja-kerja ubah suai Parlimen disegerakan memandangkan istiadat pembukaan mesyuarat penggal Mac nanti.

Beliau juga mahu kerajaan mempertimbangkan pembinaan laluan pejalan kaki berbubung bagi memudahkan pelawat yang berjalan dari balai pengawal ke bangunan Parlimen mengelak panas atau hujan. -18/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2013 12:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: