Kategori PRK DUN Kajang N25

TV Selangor batal siaran langsung babitkan Hadi

28 FEB: Portal berita KeadilanDaily, laman berita rasmi Parti  Keadilan Rakyat melaporkan siaran langsung pelancaran bilik gerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang oleh TV Selangor malam ini dibatalkan.

Namun majlis pelancaran bilik gerakan AMK itu oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diterukan pada Jumaat, jam 9 malam bertempat di Padang Rekreasi Taman Mesra, Kajang.

Antara yang dijangka turut hadir ialah Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Malaysia (DAPSY), Teo Kok Seong, lapor KeadilanDaily.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga calon PKR bagi PRK N25 Kajang, dilaporkan beberapa portal berita kini sedang berada di Jepun, namun punca sebenar TV Selangor membatalkan siaran langsung yang sudah dijadualkan malam ini pada saat akhir tidak dinyatakan.-bnbbc.my

Kenapa TV Selangor batal siaran langsung di saat akhir?

Kenapa TV Selangor batal siaran langsung di saat akhir?

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2014 7:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: