Kategori Analisa Isu Semasa

PAU 2017: UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO

7 DIS: “UMNO: PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI KESEJAHTERAAN NEGARA BANGSA”

BismillahirRahmanirRahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri,
YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein,
Naib Presiden UMNO,
Yang Berbahagia Ketua Wanita, YB Ketua Pemuda dan YB Ketua Puteri,
YB Setiausaha Agung UMNO,
YB Bendahari UMNO,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para Perwakilan,
Ketua-Ketua Parti Komponen,

Para Pemerhati dan Wakil-Wakil Parti dari Dalam dan Luar Negara, Dif-dif Jemputan, Para Perwakilan Mahasiswa Pelapis Negara Bangsa, Hadirin-Hadirat, Sahabat-Sahabat Media, Seluruh Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, tidak kira di mana anda berada, Khususnya buat Generasi Pewaris Transformasi Nasional 2050 sekalian.

BAHAGIAN I : MUKADIMAH
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain.

1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan.

2. Lalu,… diseru ke atas orang-orang yang beriman bagi mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saiyyi-dina Muhammad, Wa a’la A-li Saiyyi-dina Muhammad.

3. Pertama-tamanya, pada pagi yang penuh permai, 7 haribulan Disember 2017, bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439 Hijriah, marilah kita mendoakan agar majlis ini menjadi perhimpunan yang dirahmati dan penangguhannya
nanti sebagai satu amal yang diberkati oleh Allah, mudah-mudahan.

4. Sehubungan itu, bagi kali yang Ke-68, kita berasa sungguh bersemangat,… melihatkan,… Pusat Dagangan Dunia Putra ini,… penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun,… tidak pernah suasana
meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja,… sampai amat merinding dan berdiri tegak!,… bulu roma,… bahawa,… semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung
badan,… AKAN MARAK,… TERUS BERNYALA-NYALA,…

Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Saudara dan Saudari,
5. Sayugia ingin dialu-alukan, Ahlan Wa Sahlan, kehadiran keseluruhan 5,628 perwakilan dari 191 bahagian UMNO, seluruh negara, bermula dari Padang Besar, Perlis di sempadan Siam, membawa ke Penghujung Tanah Besar Asia di Tanjung Piai, Johor, sehingga ke Simpang Mengayau, at the tip of Borneo di Kudat dan Sandakan Sabah.

6. Sememangnya lagi, seperti yang dapat kita saksikan, perhimpunan hari ini ternyata sungguh berbeza,…auranya pun cukup luar biasa,… kerana,… inilah satu persidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua.

7. Apatah lagi, akan dirakam sejarah,… dengan catatan rekod kehadiran paling banyak jumlah perwakilan, ahli dan para pemerhati serta orang ramai,… berbondong-bondong,… melimpah ke seluruh lantai-lantai P-W-T-C ini,
dengan jumlah, yang dikhabarkan seramai lebih 30 ribu orang.

8. Lalunya, sampai buntang mata Saya, sejak dari awal, Saya sampai ke dewan ber-tawarikh ini, kerana,… menyaksikan betapa semaraknya, lautan merah warna perjuangan, sebagai simboliknya, akan terus berkibar kencang,…panji UMNO,… SANG SAKA BANGSA.

Saudara-Saudari,
9. Inilah,… perlambangan sebuah keyakinan bahawa,… Saya,… Najib Razak selaku PRESIDEN UMNO TIDAK BERSEORANGAN,… bermakna juga KEPIMPINAN KAMI YANG DI ATAS INI TIDAK BERSENDIRIAN,…

10. Sebabnya,… tanpa sokongan tuan-tuan, AHLI-AHLI TEGAR LAGI SETIA UMNO,… yang di dalam dewan ini,… waima,… di mana jua saudara berada, apalah ertinya, kami para pimpinan yang berada di atas ini.

11. Maksudnya,… kalau sebeginilah petanda dan tamsil semangat yang dizahirkan oleh sosok-sosok para ahli dan orang-orang UMNO,… Saya yakin dan penuh percaya bahawa,…

12. UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin,… bukan sekadar 30 tahun mendatang,… malah,… InsyaAllah,… bagi tempoh SERIBU TAHUN LAGI!

13. Dengar baik-baik,… saudara-saudariku,… panglima-panglima,… wirawatiwirawati serta para hulubalang bangsa dan agama,… SE-ANDAINYA HARI INI,… ditiupkan semboyan,… seraya dipalu genderang perang,… saya mahu
bertanya,…

14. Apakah kita semua sudah bersedia untuk ke medan juang..?? BERSEDIAKAH KITAAAA??? BERSEDIAKAH KITAAAAA??? Syukur,…. Alhamdulillah…. kalau itulah jawapannya.

15. Bahkan, pada 11 Mei lalu, ketika mana meraikan Ulangtahun UMNO yang ke-71, di Stadium Bukit Jalil,.. pastinya ramai masih ingat, kita sama-sama memanjat doa, yang diaminkan pula oleh ratusan ribu ahli UMNO, memohon
setulusnya ke hadrat Allah Hu Ta’ala agar,… Dilindungilah,… perjuangan parti UMNO ini,… Dirahmatilah,… segala
usaha yang kita lakukan,… demi agama, bangsa dan negara,… serta Diberkatilah,.. tanah tumpah bertuah ini.

16. Justeru,… kita terus merafak harapan membumbung kepada Yang Maha Penyayang,… biar pun burung-burung berhenti bersiulan,… sekalipun bumi ini kontang tidak menghijau lagi,… hatta alam sekeliling jadi membisu,… MOHON BARANG DIJAUHKANLAH OLEH TUHAN, SEBARANG MALA PETAKA, DARIPADA MENIMPA UMAT MELAYU BUMIPUTERA INI,…

17. Lantas, marilah kita beri tepukan sekuat-kuatnya, sebagai pembakar semangat bahawa,… pertemuan hari ini bukan biasa-biasa,… akan tetapi,…satu perkumpulan yang bakal diingat dan dikenang sebagai,… PENGHULU
SEGALA PERHIMPUNAN.

18. Mustahaknya, mulai sekarang, OBOR ‘PERANG’ yang jamungnya telah mula berjulang, TI-DAK SE-SE-KALI BOLEH DIBIARKAN PADAM,…DEMAMNYA pula, TI-DAK AKAN KEBAH-KEBAH, melainkan,…melainkan,… SELEPAS KITA MENANG BESAR DALAM PILIHANRAYAUMUM KE-14 nanti. InsyaAllah.

Saudara dan Saudariku,
19. Apa yang penting,…
Datang bukan sebarang datang,
Himpun tidak sebarang himpun,
Walau ribut kemarau pun panjang,
Meski taufan datang bergulung.
Perang kali ini,… yang bergelar BAPA SEGALA PILIHANRAYA, kita akan
bertempur,…berlawan,… lawan habis-habisan!!
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
5
BAHAGIAN II : BERPIJAK DI ATAS REALITI DAN CABARAN SEMASA
Saudara-Saudaraku, Para Pejuang Bangsa Sekalian,
20. Dalam keriuh-rendahan gelombang merah, dalam pada kita berasa asyik dan
yakin dengan semangat yang berkobar-kobar,… jika sedemikian
getarannya,… inilah detik-detik yang amat menyenangkan bagi kita semua.
21. Namun, pada masa yang sama, Saya ingin mengajak kita semua, untuk
kembali BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA.
22. Walau apapun,… sebagaimana dipesan orang tua-tua, sebelum kita
melangkah lebih jauh lagi, kita harus sentiasa BERMUHASABAH DIRI DAN
PARTI, menyorot serta MENAMPAR ‘PIPI-PIPI’ PERJUANGAN ini, seraya
segera bangkit dari comfort zone, yang selama ini membikin kita alpa dan
lalai.
23. Pucuk pangkalnya, dalam persidangan semustahak ini, kita tidak boleh
setakat bercakap perkara manis-manis sahaja kerana, bak dipesan oleh
Bapak Hamka, jika hidup ini antara pahit dan manis, maka perjuangan
itu juga, antara kemenangan dan pengorbanan, antara keringat serta air
mata.
24. Peri-pentingnya,… ahli-ahli dan jentera parti, hendaklah selalu berwaspada
dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana,… tak berapa lama lagi, kita
akan menempuh satu episod pilihanraya yang TER-GENTING lagi BERKEMUNCAK
cabarannya,…
25. Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera,… UMNO dan Barisan
Nasional,… Kestabilan serta Kedaulatan Negara,… masa depan Syiar Islam,…
bahkan yang terpenting adalah,… NASIB ANAK CUCU KETURUNAN KITA,
AGAR TIDAK MELARAT DEK UNTUNG, TERSUNGKUR MEREMPAT DI
TANAH SENDIRI.
26. Itulah hakikatnya Saudara-Saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan
dan persimpangan percarian umat Melayu, yang ketika ini, sedang
berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan
ARAH KOMPAS PERJUANGANNYA.
27. Justeru, kita patut berasa syukur serta bertuah kerana, dengan izin Allah Hu
Ta’ala, masih lagi kekal berada dalam sebuah JEMAAH YANG KUKUH LAGI
BERPADU, YAKNI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU,…
UMNO!!
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
6
28. Realitinya UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih
tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang-orang
Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia, dan kekal sebagai Pe-Tunjang
Utama, kepada parti komponen Barisan Nasional.
29. Manakala, inilah detik-detik penentu rakyat Malaysia keseluruhannya, agar
tidak tersasar ARAH KOMPAS HALATUJU dalam menilai dengan matang,
bukannya dengan emosi, apatah lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah
pihak pembangkang di media-media sosial.
Sehubungan itu, Saudara dan Saudariku,
30. Ketahuilah, untuk Amanat Presiden kali ke-9 ini, sebetulnya tidak mudah
bagi saya,… sehinggakan Saya mengambil masa yang agak panjang untuk
mena’kul secara serius,… melalui siri-siri perbincangan, hati ke hati serta
diskusi-diskusi percambahan minda yang mendalam lagi teliti,…
31. Bagi menentukan akan apakah intipati ucapan yang sewajarnya Saya
sampaikan, dalam memenuhi amanah dan kedudukan ini.
32. Sebabnya,… Saya diingatkan berkali-kali dalam sesi-sesi perbincangan
membikin ucapan ini bahawa,… dengan izin,… Today,… I shall speak not
only in the interest of my Duty as the President of UMNO, nor as the
Chairman of Barisan Nasional,… but,… but above all,…
33. My Utmost and My Paramount responsibility at this very important
juncture, as the Leader, yakni,…
34. TUGAS DAN AMANAH, SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI,
BUKAN SEKADAR KEPADA LEBIH 3 JUTA AHLI UMNO,… MAHUPUN 7
JUTA AHLI BARISAN NASIONAL,… TIDAK JUGA TERHAD KEPADA 69
PERATUS BUMIPUTERA,… ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM,…
35. Malah,… malah,… yang tertanggung di atas dua pundak dan bahu Saya
adalah, ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia,
dengan tidak mengira kaum,… latar keturunan,… apapun fahaman,
mahupun agama.
36. Simpulannya,… Saya ingin mengajak Saudara-Saudari berfikir masak-masak
tentang,… Pilihanraya Umum kali ini,… is not just another General Election,…
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
7
37. Kerana,… lebih termustahak daripada itu,… jika kali ini,… negara tergadai
dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak
bertanggungjawab,… apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina
dengan segala susah payah selama ini,… akan ranap dan musnah,…
hancur berkecai di depan mata.
Saudara-Saudari,
38. Oleh itu, ketahuilah, pilihanraya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan
pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan
menjadi penentu kepada THE FATE OF THIS NATION.
39. Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya PERCATURAN
PERJUANGAN kali ini, cukup serius dan TIDAK ADA TAWARMENAWARNYA
LAGI.
40. Sesungguhnya, tidak terbayang oleh kita, mimpi ngeri dan nasib buruk yang
bakal menimpa.
41. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan Agama Islam dan Syiarnya,
diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini,…?
42. Keduanya, tergamakkah kita, melihat kedudukan Institusi Raja-Raja
Melayu tidak lagi dimulia, bahkan akan didurhakai,… manakala, InstitusiInstitusi
kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA,
serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan,…
43. Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera,
yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak
lawan memerintah.
44. Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih, Para Penjawat
Awam, yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya,…
tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya,…
45. Dan,… sudah tentu sekali, kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap
keistimewaan orang-orang Melayu Bumiputera, sebagai leluhur jati di
pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak-pijak maruah
dan TERGADAILAH KEINDUKKANNYA,…
46. Bahkan, lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN
SEHINA-HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAHAIR SENDIRI.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
8
47. Maka itu, kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan
Pilihanraya kali ini, bukan hanya demi UMNO, tidak juga untuk Barisan
Nasional,… namun,… TERPIKUL ATAS KITA SEMUA,… MISI YANG AMAT
BESAR,… bagi menentukan SURVIVAL yang sangat-sangat penting,…
yakni DESTINI masa depan umat serta negara keseluruhannya.
Saudara-Saudari, Rakan-Rakan Seperjuangan Dalam Keluarga Besar UMNO ku
Sekalian,
48. Dari itu,… marilah kita sama-sama renungkan sejenak,… seandai dan
sekiranya,… UMNO, Barisan dan Negara ini tumpas ke tangan lawan,….
Apakah mungkin kita dapat bertemu lagi di Dewan berkeramat ini pada
masa akan datang?
49. Masih terdengarkah lagi, gemanya Selawat ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad,…
SOL-LAL-LAH-HU, A’LAI-HI, WA SAL-LAM yang kita kasihi.
50. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu-lagu patriotik UMNO
lambang bangsa bertuah ini? Bolehkah panji-panji UMNO terus
berkibar?
51. Mampukah kita menahan rasa sebak dan sedih di dada, apabila kita tidak
lagi bisa berkumpul seperti ini, dalam satu keluarga besar sebagai adik
beradik UMNO.
52. Masa itulah,…. baru kita mengerti,… baru kita faham,… akan nikmatnya
SEBUAH KESATUAN, mulianya hidup dalam perjuangan di bawah
rimbunnya payungan Parti UMNO.
53. Tapi,… ketika itu, segalanya tidak bererti lagi,… tamatlah sudah riwayat
Melayu sejati,… nobat dan nafiri pun tidak berbunyi lagi.
54. Pada waktu itulah, apabila cucu-cicit keturunan kita bertanya,
kenapakah kita KECUNDANG dan MEMBIARKAN SEMUA INI
BERLAKU,…
55. Jawapannya,… hanyalah DENGAN RAUT WAJAH SEJUTA
PENYESALAN, SAMBIL BERLINANGAN AIR MATA, kita hanya mampu
berkata kepada mereka,…
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
9
WAHAI ANAK CUCUKU,… AMPUNKAN,… AMPUNKANLAH,… DOSADOSA
KAMI INI….
56. Lantas,… Saudara-Saudari seperjuanganku sekalian,… Saya pinta kepada
semua, kalau kita tidak mahu semua itu terjadi,…
Maka BERSUMPAH dan BERJANJILAH,… BERSETIA dan
BERIKRARLAH,… bahawa,…
BIAR PETIR MENYAMBAR DI LANGIT,… HATTA BERTANGKUP LANGIT
DAN BUMI,… SAMPAI KE TETESAN DARAH YANG TERAKHIR,…
KERAJAAN INI TETAP KITA PERTAHANKAN,… TANAH AIR INI TIDAK
BO-LEH DIAMBIL LAWAN.
Saudara dan Saudari,
57. Jadinya, apabila kita membicarakan tentang Arah Kompas Halatuju atau
Hak Rakyat Sebagai Pengundi pada setiap pilihanraya, Saya tidak mahu
lagi,… kita mengulangi kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian,… yang
berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.
58. Sedangkan, semua orang tahu, UMNO tidak lemah. Malah,… kita masih
menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen.
Namun, akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa
‘POLITIK PERSEPSI’.
59. Inilah yang dinamakan PERANG PERSEPSI, di mana, kita hampir tewas
akibat permainannya. Walaupun di sudut realiti dan faktanya, kita berada di
landasan yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding
pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain
wayang.
60. Satu perkara lagi yang perlu diperjelaskan di sudut ini, UMNO BUKANLAH
PARTI BERSIFAT RASIS. Jika tidak, bagaimana kita diterima, mengepalai
parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan
penuh berhemah.
61. Tegasnya, saya ulang,… UMNO BUKAN ANTI KAUM CINA. Tetapi ternyata,
kaum Cina dan sebahagian juga kaum India, turut terseret, terperangkap
menjadi mangsa persepsi dan PEM-BO-HO-NGAN pembangkang.
62. UMNO sebetulnya is above all,… kerana kita selama ini meraikan
kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk
hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
10
63. Bercakap soal persepsi contohnya lagi, pada Pilihanraya Umum yang lalu,
pembangkang memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej parti
dan Kerajaan di mata rakyat.
64. Direka-rekanya, cerita bohong 40 ribu pengundi hantu ‘diimport’ dari
Bangladesh.
65. Ditambah lagi, dengan tuduhan kononnya dakwat kekal yang digunakan
mudah luntur dan boleh pula dikikis.
66. Malah, pada pagi PRU Ke-13 itu, sekitar hampir jam 4 pagi, ada seorang
pemimpin pembangkang, telah menyebar maklumat yang ME-NI-PU rakyat
bahawa, pihak mereka telah pun menang pilihanraya.
67. Macam mana dia kata dah menang, pilihanraya pun belum bermula lagi pagi
itu. Bak kata oghang Perak nampak benor menipunya.
68. Inilah dia modus operandi pembangkang. Kalau tak percaya, tengoklah PRU
Ke-14 nanti, mereka akan terus BER-BO-HONG lagi, macam-macam isu
bakal mereka timbulkan, bahkan akan bertindak lebih agresif, lebih cunning,
semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.
Saudara dan Saudari,
69. Lantas demikian, ini adalah realiti yang sedang berlaku. Contohnya di dalam
parti, pagi dan petang di warung kopi, di mesyuarat cawangan dan bahagian,
kita tidak lepas dari membicarakan tentang siapa sebenarnya yang
menyokong kita? Dan siapa yang akan pangkah kita dalam pilihanraya?
70. Justeru, kita sedang berhadapan dengan isu para pengundi yang terbahagi
kepada beberapa kelompok.
71. Satu, tentunya ahli parti yang menunaikan tanggungjawab mengundi parti
kita. Keduanya pula, adalah mereka yang mengundi pihak lawan.
Ketiga, yakni kelompok yang sangat penting untuk kita santuni, dekati dan
menangi hati mereka adalah, sekelompok pertengahan yang tidak
memihak kepada sesiapa, atau lebih tepat, disebut sebagai THE
PERSUADABLE VOTERS.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
11
72. Lantaran itu, kepada kelompok ini yang sangat signifikan undinya, usahausaha
untuk menawan dan memujuk hati mereka perlu menjadi antara
agenda utama kita, melalui pelbagai bentuk kempen yang sewajibnya
dijalankan.
Saudara dan Saudari Sekalian,
73. Dua malam lalu, Saya turut mengamati ucapan perasmian Sayap-Sayap parti
oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sahabat
serta Timbalan saya yang setia lagi baik budi, yang bertajuk, ‘LEMBAYUNG
ARJANA BANGSA’.
74. Semalam pula, Saya telah berkesempatan mengamati ucapan yang
disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Wanita, Yang Berhormat Ketua
Pemuda dan Yang Berhormat Ketua Puteri UMNO.
75. Apa yang dapat saya rumuskan, kesemuanya telah berjaya dengan begitu
baik sekali, dalam menyentuh isu-isu dan cabaran-cabaran utama, sebagai
persediaan akhir menghadapi pilihanraya umum nanti serta amat FAHAM
akan TUJUAN, matlamat tersurat lagi tersirat perhimpunan agung kali ini.
76. Makanya, selaku Presiden dan Perdana Menteri, ucapan saya akan terus
merentasi segala yang telah diutarakan seraya menjadi kesimpulan kepada
semuanya.
77. Untuk itu, sebagai intisari, saya akan menyorot pelbagai Transformasi dalam
konteks yang lebih besar, merangkumi KESELURUHAN KEJAYAAN SERTA
PENCAPAIAN YANG TELAH DIRAIH OLEH UMNO, BARISAN NASIONAL
DAN KERAJAAN, SEPANJANG 8 TAHUN KEPIMPINAN INI.
BAHAGIAN III : SOROTAN 8 TAHUN KEPIMPINAN PARTI, BARISAN NASIONAL
DAN KERAJAAN
TRANSFORMASI UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN
Saudara dan Saudari,
78. Hakikatnya, sejak saya memimpin parti UMNO, Barisan Nasional dan
Kerajaan, bermula 26 Mac 2009, dan kemudiannya, pada 3 April 2009,
menjawat kedudukan sebagai Perdana Menteri, tanpa berlengah-lengah,
telah melancarkan pelbagai Transformasi Strategik, di bawah lembayung
Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang digagaskan secara
rasminya pada 2010.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
12
79. Dalam UMNO, pertama sekali, kita telah melakukan Transformasi Politik yang
PALING BERANI,… PALING DEMOKRATIK,… dan TIDAK PERNAH
DIBUAT SEBELUM INI DALAM SEJARAH PARTI.
80. 7 pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun
2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara
terbuka kepada lebih 150 ribu ahli, demi mempastikan UMNO terus
dinamik, inklusif, dan relevan sampai bila-bila.
81. Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh
PENASIHAT dan DINASTI ANAK-BERANAK.
82. Jadinya,… di mana ‘demokrasi’ yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar
pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus
sahaja yang hadir.
83. Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu,…
Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang
bekas Negarawan.
84. Mudah kataa,… Kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu
manaa,… nak uruskan negara?
85. Cuma, bila sampai Pilihanraya nanti, kalau masih belum selesai lagi hal
mereka, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya
Kerajaan,… kan?
86. Selain itu, parti Bunga Raya ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah,… kita
tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,…
Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat
dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang terang-terang AntiMelayu
dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung
tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat
mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.
87. Bercakap tentang Mahathir pula, dulu,… di pentas ini juga beliau
mengingatkan kita bahawa,… MELAYU MUDAH LUPA, namun pada kita,
this man has crossed the line,…
Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan
‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya-sanya
untuk memenuhi TEMBOLOK AGENDA KEPENTINGAN PERIBADI DAN
KELUARGA SEMATA-MATA.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
13
88. Sememangnya, pepatah lama sudah menyebut, mana mungkin Minyak dan
Air bersatu.
89. Jelasnya, MELAYU MUDAH LUPA itu merujuk kepada dirinya sendiri,
kerana, orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah
perjuangan parti seperti kita semua, InsyaAllah tidak sesekali menjadi
MELAYU YANG MUDAH LUPA seperti mereka!!!
Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Sekalian,
90. Hampir dua bulan lepas, Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional,
kita telah mampu membentangkan sebuah Bajet yang disegani kawan dan
lawan, sebagai, ‘IBU SEGALA BAJET’, dengan peruntukan terbesar, paling
inklusif, tidak pernah seumpamanya.
91. Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus dijadikan Agenda
Nasional melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.
92. Antara hasilnya, inisiatif Carve Out and Compete kepada Bumiputera,
mencapai nilai kontrak lebih 61 bilion ringgit.
93. Ini membuktikan bahawa, kontraktor-kontraktor Bumiputera semakin berdaya
saing dan berkeupayaan. Projek MRT yang bertaraf dunia, bukan sahaja
berupaya disiapkan lebih awal daripada jadual, tanpa pula menjejaskan
kualiti, malah, berjaya menjimatkan lebih 2 bilion ringgit.
94. Sememangnya, MRT ini merupakan ‘success story’ dan menjadi ‘eye opener’
sebagai lambang kepada transparency, bukti kebolehan anak-anak bangsa
kita, di pelbagai bidang kejuruteraan. Syabas diucapkan!
95. Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat, East Coast Rail Link dan High
Speed Rail yang bakal dibina. Bagi urang-urang Sabah dan Sarawak pula,
projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325 kilometer dengan kos
hampir 30 bilion ringgit, yang dimanfaati oleh anak-anak peribumi dan
Malaysia,… akan tatap kita jayakan.
Saudara, Saudari Rakyat Malaysia Sekalian,
96. Sesungguhnya, Kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO, amat cakna
dan peduli kepada kepentingan seluruh lapisan rakyat.
97. Kepada kaum Cina turut disalurkan peruntukan antaranya, pendidikan,
manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
14
98. Terhadap kaum India pula, kita lancarkan Malaysian Indian Blueprint, yang
akan mengarus perdanakan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi
kaum India secara komprehensif.
99. Buat pertama kalinya pula, kepada kelompok pesawah, petani, peladang,
nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, saya telah
mengumumkan, peruntukan pa-ling besar sebanyak 6.5 bilion ringgit.
100. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sektor pertanian dan
pembangunan luar bandar, sejak 8 tahun pentadbiran ini, telah
mencecah hampir 63 bilion ringgit.
101. Selain itu, sebanyak 6.5 bilion ringgit lagi disediakan untuk infrastruktur
asas, yang membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup, lebih
6.2 juta rakyat Malaysia di luar bandar, termasuklah Sabah dan Sarawak.
102. Inilah, bak kata cerdik pandai, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional,
mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia, amat terang lagi bersuluh,
bukan bersuluh batang pisang, bahkan bersuluh bintang dan matahari.
Saudara dan Saudari,
103. Sedangkan,… sedangkan,… parti pembangkang kononnya memperjuangkan
hal ehwal rakyat, tetapi hanya sibuk bersandiwara,…
104. Sebab itulah, dalam Parti Pembangkang, timbul pertembungan 4 nakhoda,
ada Ketua Umum, ada Pengerusi, ada Presiden dan ada pula jawatan
Penasihat. Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak boleh diselesaiselesai,
cuba bayangkan,… macam mana mereka nak ambil alih pentadbiran
negara ini.
105. Kisahnya, Presiden PAS sendiri pun menyebut, dalam Pakatan Harapan
ada pemimpin ‘PE-NYA-NGAK’. Ini bukan kita yang kata. Kerananya,
parti PAS pernah bergabung dengan PKR dan DAP, maka tentu sekali,
mereka lebih tahu, siapa PE-NYA-NGAK, dan siapa sebenarnya
Pemimpin Sejati.
106. Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pelbagai
Transformasi Politik yang telah dibuat, kita mengamalkan pendekatan
PERSUASIVE dan UNIFIER atau MEMUJUK dan MEMPERSATU,… demi
memperkukuhkan parti serta Kerajaan.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
15
107. Dalam kata lain, UMNO dalam usia lebih 7 dekad semakin matang dan
mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik PEMERSATUAN,
yang tidak confrontational atau berwatak ‘kaki gaduh’, apatah lagi untuk
mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.
Saudara dan Saudari,
108. Dari sudut ekonomi, bagaimana pembangkang tak habis-habis menyebar
fitnah, kononnya Malaysia is a failed state dan bakal bankrap.
109. Sedangkan faktanya, pertumbuhan KDNK negara pada suku ketiga tahun
2017 ini, berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di
dunia.
110. Bahkan kedudukan ekonomi sekarang, terbukti jauh lebih baik daripada
KDNK negara pada 1998, iaitu penurunan -7.4 peratus, di zaman pimpinan
bekas negarawan itu.
111. Manakala, Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak 429 bilion ringgit,
berbanding 1997/1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara
hanyalah 59.1 bilion ringgit,…
112. Fikirlah sendiri,… kalau rizab serendah 59.1 bilion ringgit, belum campur 31
bilion ringgit, yang hilang entah ke mana, pun negara masih tidak dituduh
bankrap.
Saudara dan Saudari,
113. Sesungguhnya lagi, kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara kita
bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya, telah
diiktiraf oleh Badan-Badan Penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan,
tetapi di persada antarabangsa.
114. Terkini, menurut Global Competitiveness Report 2017/2018 oleh World
Economic Forum, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 di dunia,
sekaligus merupakan Top Emerging Economy in this region.
Saudara dan Saudari,
115. Dalam bidang pendidikan pula, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah
rendah dan menengah adalah percuma. Manakala, di Peringkat Universiti
atau pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh Kerajaan.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
16
116. Hasilnya, QS University Ranking 2017/2018 melaporkan pula, lima buah
Universiti Penyelidikan di Malaysia, tersenarai antara satu peratus
terbaik dunia,… Syabas kepada warga pendidikan tinggi!
117. Dalam hal ini, pernyataan pihak pembangkang untuk memberikan pendidikan
tinggi percuma, ternyata bercanggah. Sedangkan Universiti Selangor, milik
Kerajaan negeri, di mana kita tahu, yuran pengajian pelajar dan lain-lainnya
masih tidak percuma.
Tengok,… hah,… satu lagi PEM-BO-HO-NGAN. Siapa yang kena bohong?
Rakyat,…!!! Ini yang kita tidak mahu!
118. Selanjutnya saudara-saudari, semenjak 2010, Kerajaan memperuntukkan
melebihi 192 bilion ringgit untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti
kepada rakyat.
119. Kini, kita sudah ada 356 buah Klinik 1Malaysia, yang telah menerima 26.7
juta pengunjung. Bayangkan,… mana nak ada negara dalam dunia yang
memberikan perkhidmatan kesihatan serendah satu ringgit sahaja?
MELAINKAN, KERAJAAN PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
120. Ubat pun kadang-kadang sampai ‘satu genggam’ diberikan.
121. Ini belum dikira bersalin di Hospital Kerajaan, yang hanya mengenakan
bayaran serendah 50 ringgit sahaja, berbanding di Hospital Swasta yang
kos puratanya sekitar 5 ribu ringgit.
122. Laginya, bagi setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018,
Kerajaan akan hadiahkan 200 ringgit dalam bentuk Amanah Dana Anak
Malaysia 2050 atau ADAM50, yakni skim yang pertama kali diperkenalkan.
123. Saudara-Saudari,… dalam bab ini, Saya diberitahu oleh Ketua Puteri bahawa,
para Puteri akan menjadi antara penyahut tegar kepada seruan ADAM50.
Tapi,… Wanita pun ramai yang boleh lagi tu,…
124. Di sudut lain, sejak Program Transformasi Kerajaan dilaksanakan pada tahun
2010, pelbagai hasil kejayaan, telah muncul satu persatu.
125. Contohnya UTC, yang menjadi game changer dalam Perkhidmatan Awam,
turut diakui sebagai model terbaik perkhidmatan Kerajaan di peringkat
dunia.
126. UTC ini dipuji ramai kerana, Pusat Khidmat Sehentinya, mampu
beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
17
127. Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia, yang
mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan,…
MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
128. Di sisi lain, sejak BR1M diperkenalkan, lebih 25 bilion ringgit telah kita agihagihkan.
Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak 6.8
bilion ringgit, memanfaatkan lebih 7 juta penerima, sehingga jumlah
mencapai 1,200 ringgit seorang.
129. Tentang BR1M ini pun, dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang
sudah terbalik, dan membuat U-turn jika mereka memerintah, konsep subsidi
bersasar BR1M yang kita buat, akan ditiru pulak pelaksanaannya.
Inilah perangai depaaa,… apa namaaa,… Asyik dok U-turn, U-turn, dan
U-turn,…
130. Selanjutnya, kita telah wujudkan pula lebih 180 buah Kedai Rakyat
1Malaysia, yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.
Pada tahun hadapan, kita akan tambahbaik KR1M kepada KR1M 2.0, yang
saya akan lancarkan sendiri tidak lama lagi.
Saudara dan Saudari,
131. Bercakap soal GST pula, terbukti ia menjadi penyelamat ekonomi kita, kerana
tanpa kutipan GST 41 bilion ringgit, bagaimana negara boleh menampung
perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
132. Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang
keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zerorated,…
terbaru, Lim Guan Eng pulak, mintak separuh-separuh diberi kepada
Kerajaan Pulau Pinang dan ada pulak pendapat, nak kembali kepada SST,…
133. Hrmm,… tulah dia pembangkang,… macam saya sebut sebelum ini,… THE
ONLY THING CONSISTENT WITH THEM AS THE OPPOSITION IS THAT,
THEY ARE CONTINUOUSLY IN-CON-SIS-TENT.
Saudara dan Saudari,
134. Berkenaan hal tol, dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju
memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit
Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
18
135. Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang
mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah,…!
Satu lagi PEM-BO-HO-NGAN,…
136. Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu ‘Bapa-Segala-Tol’,…
Saudara dan Saudari,
137. Kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda, setakat ini, Kerajaan
sudahpun mewujudkan 2.26 juta pekerjaan, dengan sasaran 3.3 juta peluang
pekerjaan baharu menjelang 2020.
138. Malah, di era Digital Economy, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan
Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara
China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan
berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.
139. Selain itu, pembangunan Tun Razak Exchange, dijangka akan menjana 40
bilion ringgit kepada ekonomi dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan.
140. Pembangunan Bandar Malaysia pula, dijangka menjana sekitar 170 bilion
ringgit, dengan mewujudkan lebih 200 ribu peluang pekerjaan, yang bakal
menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.
141. Di samping itu, melalui pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB, bakal
mencipta rantaian ekonomi berjumlah 11 bilion ringgit dan mewujudkan
lebih 10 ribu peluang pekerjaan baharu. Menara setinggi 118 tingkat ini,
setakat ini dijangka akan menjadi bangunan KE-TIGA TERTINGGI DI DUNIA.
Saudara dan Saudari,
142. Sememangnya, Kerajaan pimpinan UMNO ini, akan terus mempertinggikan
Islam dan Syiarnya berasaskan kerangka Maqasid Syariah, yang mengikut
tiga keutamaan, iaitu:
143. Dho’-ru-riyat, yakni keperluan asas utama, Haa-Ji-Yat yakni, perkara
yang diperlukan oleh manusia, supaya tidak berlaku kesulitan
kehidupan serta ketiganya, Tah-si-niyat yakni, sesuatu yang sekadar
menjadi penghias untuk kesempurnaan hidup.
144. Demikianlah juga, Prinsip Wasatiyyah, dalam memajukan negara, sehingga
Malaysia sekarang, diiktiraf dunia, sebagai sebuah model negara Islam yang
maju, progresif lagi dinamik.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
19
145. Lantaran, di peringkat antarabangsa, Kuala Lumpur mengamalkan dasar
berbaik-baik dan terbuka dengan negara-negara luar, terutamanya kuasakuasa
besar seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, India dan Arab Saudi.
146. Terkini, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Saleh A-lu Talib, yang
melawat Malaysia, minggu lepas, menyatakan pandangan bahawa, dalam
hal memperjuangkan Islam dan Syiarnya dalam kalangan masyarakat
majmuk, SESUNGGUHNYA MALAYSIA, BERADA PADA LANDASAN
YANG BETUL LAGI BENAR.
147. Ujar beliau lagi, sambil memuji prinsip TAWAZUN atau pendekatan
WASATIYYAH yang diamalkan, di mana pendekatan Malaysia menolak
fahaman ekstremisme seperti IS dan Daesh, namun tidak juga berpegang
kepada aliran yang terlalu liberal.
148. Dek kerana itulah, negara ini jelasnya, bukan sekadar menjadi HARAPAN
umat Islam di rantau sebelah sini, malah dipandang tinggi oleh Dunia Islam
seluruhnya.
149. Dalam erti kata lain, Malaysia adalah THE TRUE FACE OF ISLAM, di mana
THE PEACEFUL CO-EXISTENCE OF DIFFERENT FAITHS… MAMPU
BERLAKU DI MALAYSIA, DAN TIDAK MUDAH DILAKSANAKAN DI
NEGARA ISLAM YANG LAIN.
150. Di sudut ini juga, kita mengatur syukur apabila skor Indeks Syariah Malaysia
pada tahun ini terus meningkat kepada 76.06 peratus.
151. Pada sisi kemanusiaan pula, Malaysia akan terus prihatin dan berperanan
aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah kita di
serata dunia, umpamanya di Myanmar dan di Palestin.
152. Menariknya lagi, kita adalah negara pertama di dunia yang menyediakan
Field Hospital atau Hospital Medan di Cox’s Baazar, Bangladesh, khusus
untuk pelarian etnik Rohingya.
Tan Sri Pengerusi Tetap, Saudara-Saudara Seperjuanganku Sekalian
153. Sesungguhnya,… UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali
berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke
atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya, bukan sahaja
di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
20
154. Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika
Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam,
yakni Baitul Maq-dis sebagai Ibu Negara Israel, saya yakin dan percaya,
mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bilabila.
155. Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia,
mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di
dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk
bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya,…
agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa,…
KITA MENOLAK SEKERAS-KERASNYA CADANGAN MENJADIKAN
BAITUL MAQ-DIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL SAMPAI BILA-BILA.
Justeru,…
Ya Allah Ya Tuhan,…
Kami berlindung denganMu dari kejahatan musuh kami,…
DiKau satukanlah hati-hati kami,…
DiKau cerai-beraikan himpunan mereka,…
DiKau pisahkanlah kesatuan mereka,…
dan,…
Ya Allah,…
DiKau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka.
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Saudara dan Saudari,
156. Berkait soal ini juga, Saya bersependapat dengan Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi, dalam ucapannya menyebut bahawa, kita perlu ‘buta warna’
dalam hal kemanusiaan. Sebab itulah, kita mempraktiskan amalan
BER-MUSYAWARAH DALAM UMNO SERTA BARISAN NASIONAL
SEBAGAI SEBUAH KELUARGA BESAR.
157. Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak,… sedikit pun jadilah
jua,… satu perjuangan bukan sahaja dari SUARA UMAT ISLAM Malaysia,
malahan, suara kemanusiaan dunia yang diwakili Kerajaan Malaysia
Pimpinan UMNO.
158. MANAKALA DENGAN PARTI PAS,… Saudara-Saudari,… PENDIRIAN
KITA AMAT JELAS IAITU, HUBUNGAN KITA DENGAN MEREKA ADALAH
TERASAS, DEMI KEPENTINGAN UMMAH, SEKALIPUN PANDANGAN
POLITIK TETAP BERBEZA.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
21
Saudara dan Saudari,
159. Berbalik kepada hal mempertinggikan Syiar Islam, Kerajaan pimpinan UMNO,
sejak bertahun-tahun, terus memberi bantuan sewajarnya kepada para
Imam, Bilal, Guru KAFA, Guru Takmir, termasuk juga Tok Siak, yang
kesemuanya berjumlah lebih 65 ribu orang.
160. Kerajaan juga akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan
menyelenggara pusat-pusat Tahfiz di seluruh negara, menerusi GIAT
MARA, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit supaya ia lebih
selamat, kondusif dan selesa.
Saudara dan Saudari,
161. Sewaktu Saya umumkan peruntukan menaik taraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang, Ketua Menterinya sungguh berterima kasih
kepada kita.
162. Tetapi, apabila tiba waktu undi untuk meluluskan Bajet 2018, ahli-ahli parlimen
pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, telah menolak Bajet 2018.
163. Malah, sewaktu banjir besar di Pulau Pinang, pada 5 November lalu, Lim
Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, merayu sehingga hampir
menangis ketika menelefon Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri, memohon bantuan seraya menyebut,.. selamatkan Pulau Pinang,..
selamatkan Pulau Pinang.
164. Ternyata, sekali lagi, DAP menunjukkan belangnya. Sudahlah tidak
menyokong Bajet 2018, ditolak pulak bantuan Bajet yang nak dihulurkan oleh
Kerajaan Persekutuan. Sedangkan mereka yang merayu dan meminta.
165. Selepas itu, apabila Saya dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Pulau
Pinang, dituduhnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan semasa
banjir. Inilah sekali lagi, PEM-BO-HO-NGAN dan PE-NI-PU-AN.
166. Inilah juga manifestasi perangai buruk DAP. Sepertimana disebut
pepatah Melayu lama, dengan ikhlas ‘Susu yang kita hulurkan,… tuba
pula jadi balasan.’
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
22
Saudara dan Saudari,
167. Dalam pada kepimpinan UMNO yang menunjang Kerajaan menyeru ke arah
kesepaduan nasional dan saling hormat menghormati antara kaum,
nampaknya pihak pembangkang pula, semakin sempit sudut pandang politik,
berkaitan etnik dan kaum ini.
168. Di sisi Kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa, pada kita,
keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah ANAK-ANAK
1MALAYSIA.
169. Bertambah pelik lagi, seorang bekas Presiden UMNO sendiri yang kini
pemimpin utama parti pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka
pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis.
170. Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan UMNO
meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, ‘MAMAK
MALABARI’ dari ‘KERALA’ pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak
pulak kita suruh pulang.
171. Yang seorang lagi pulak, Saya berziarah ke hospital MELAWAT beliau yang
sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya MELAWAT, sebab itu Saya
bawa isteri bersama.
172. Tapi,… keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dipantun pulak.
173. Ini jawapannya Saudara Anwar,…. Dengar ya,…
Burung Merpati Terbang Sekawan,
Hinggap Seekor Di Atas Dahan,
Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,
Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan.
BAHAGIAN IV : BERGURU DARIPADA SIRAH DAN SEJARAH
Saudara-Saudari Seperjuanganku Sekalian,
174. Lalunya, sebelum kita melangkah ke gelanggang tempur, selaku Presiden
UMNO, Saya menaruh yakin dan percaya terhadap segala kerja keras oleh
setiap peringkat dan Sayap-Sayap parti, sepanjang beberapa tahun ini,
terutama tempoh-tempoh yang membawa kita menuju fasa akhir persiapan
Pilihanraya Umum Ke-14.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
23
175. Maka itu, sebagai mempersiap-siagakan UMNO dan Barisan Nasional, suka
Saya mengajak semua pihak mengambil iktibar, daripada beberapa mafhum
firman Allah di dalam Al-Quran,…
176. Antaranya menerusi, surah-surah A-li I’mran, An-Nasru, An-Namlu dan AlAnkabut
bahawa,… orang-orang yang berjihad untuk mencari
keredhaanNya, Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan
menuju kemenangan. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan
orang-orang yang berusaha dan bersabar.
177. Mafhum peringatan Allah ini, adalah supaya, kita sentiasa bersangka baik
dan bertawakal terhadap Allah Hu Ta’ala, dalam setiap gerak langkah dan
perencanaan hidup sama ada hal peribadi, keluarga, bermasyarakat,
begitulah juga dalam berOrganisasi, berKerajaan apatah lagi berNegara.
178. Orang berpesan, belajar pada pengalaman, bergurulah pada sejarah.
Jika dihimbau kisah perjuangan para Anbiya’, pemimpin-pemimpin besar
tamadun serta peradaban terdahulu, terutamanya sirah Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW,…
179. Sejarahnya,… telah terjadi lebih 50 JIHAD semasa zaman Baginda di
Madinah, di mana ada pendapat menyebut hampir 30 daripadanya, disertai
oleh Rasulullah sendiri.
180. Iktibarnya, dalam konteks JIHAD kontemporari yang diperbuat oleh UMNO
serta Barisan Nasional adalah, prinsip-prinsip berkaitan kepimpinan,
pentadbiran dan pengurusan, perjuangan serta kebijaksanaan yang
berstrategi.
181. Ber-se-sekali itu, nilai-nilai yang terpancar, sewajib kita semai dan iltizamkan
dalam perjuangan parti ini, telah pun Saya huraikan hampir kesemuanya di
sepanjang 8 tahun lalu, di pentas yang sama ini,…
182. Merangkumi nilai-nilai besar seperti, pengorbanan, wala’ dan kesetiaan,
disiplin dalam organisasi, kesabaran, ukhuwah, ketabahan, patriotisme,
pentingnya tabayyun, amalan wasatiyyah, SO-LI-DA-RI-TI serta yang
paling utama adalah ISTIQAMAH DALAM BERJEMAAH.
183. Begitulah juga, sebuah lagi episod penting yang perlu dijadikan teladan
adalah, Pembukaan Kota Palestin oleh Khalifah Islam yang kedua yakni
Saidina Umar Al-Khatab, sekitar tahun ke-16 hijrah, selepas
kemenangan Perang Yarmuk daripada Kekuasaan Rom.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
24
184. Menariknya untuk kita teladani tentang pembukaan Palestin itu adalah, berkait
kepimpinan, strategi dan kebijaksanaan Saidina Umar, dalam memenangi
hati penduduknya, yang tampaknya secocok sekali dengan dasar UMNO
dan Barisan Nasional yang dipegang kita kini, iaitu, pendekatan
PERSUASIVE and UNIFIER yakni, POLITIK MEMUJUK dan POLITIK
MEMPERSATU.
185. Atas demikian, kita semua dalam UMNO dan Barisan Nasional, perlu
menghayati baik-baik bahawa,… kejayaan JIHAD pimpinan-pimpinan
terdahulu, bukanlah sekadar bergantung kepada doa dan sujud, tanpa
diiring usaha yang bersungguh-sungguh, bersama strategi yang diatur,
dengan penuh terancang serta pelaksanaan penuh bersistematik.
186. Itulah yang telah jelas terbukti dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional
dalam MENAKHODA Kerajaan selama ini.
187. Pokoknya, JIHAD itu juga bukanlah bererti hanya melalui peperangan atau
mata pedang, sebaliknya JIHAD merangkumi sebarang bentuk aspek
mengurus kehidupan dunia dan akhirat.
188. Jadinya, dapatlah kita katakan dengan segala kerendahan hati bahawa, parti
UMNO yang memimpin Barisan Nasional selama enam dekad ini, telah
perbuat sehabis baik dalam segala kudrat manusiawi yang ada.
189. Buktinya, setakat November 2017 sahaja, dalam Akujanji Kerajaan Barisan
Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik,… dan sukacita
Saya selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa, Akujanji Kerajaan
Barisan Nasional yang telah dan sedang disiapkan sepenuhnya, setakat ini
sahaja, telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya.
BAHAGIAN V : 5 SERUAN DAN SEMBOYAN PENENTU KEMENANGAN PRU KE-
14
Wahai Saudara-Saudaraku, Panglima Parti Sekalian,
190. Mulai tika dan saat ini,… kuatkan azam dan gantungkan tekad yang
tinggi,… kita mara ke medan juang,… menuju kemenangan di Pilihanraya
Umum nanti, dengan berbekalkan LIMA SERUAN DAN SEMBOYAN
PERANG, PENENTU KEMENANGAN PRU Ke-14.
191. Pertama: BERGERAK-LAH SEBAGAI SATU PASUKAN.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
25
192. Ertinya, kali ini, untuk mempastikan kemenangan besar, jangan teragak-agak
lagi, kita mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan
ketumbukan yang jitu.
Kata orang,…
Tiada air orang tayamum,
Tayamum itu debu dan tanah,
Ketua memimpin ahlinya makmum,
Barulah UMNO mendapat berkah.
193. Lantaran, kepada semua Wanita UMNO, yang bukan lagi sekadar tulang
belakang parti, bahkan, kini turut bergelar Ibu Terbaik Bangsa.
194. Junjunglah,… amanah dan tanggungjawab sebagai komandan kepada
setengah juta ahli dan jentera JR Plus.
195. Lalu, kepada Wanita UMNO khususnya, berbekalkan SEMANGAT WANITA
SEBAGAI WIRAWATI BANGSA ini,… turunlah padang,… dekatilah
rakyat,… seraya gempurlah kubu pihak lawan,… dan PERANG MESTI
MENANG!!
Saudara dan Saudari,
196. Kepada para Pemuda UMNO pula, berpencaklah dengan berani, sebagai
perwira harapan parti dan bangsa, dan tawanlah hati pengundi baharu,…
berbekal semangat kejayaan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan
SEA Ke-29,… junjunglah obor kecemerlangan itu, sehingga kita menang
besar di Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
197. Selanjutnya, kepada para Puteri UMNO, sebagai sayap paling bongsu dan
taat kepada parti, usahlah segan, gentar dan bimbang,… gerakkanlah Skuad
Puteri Peduli, demi menawan hati masyarakat, mengundi UMNO dan Barisan
Nasional.
198. Seruan dan Semboyan kedua : BERGERAK-LAH DENGAN PENUH
KEYAKINAN BAHAWA, KITA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR
LAGI BETUL.
199. Maknanya, kepada semua ahli UMNO dan Barisan Nasional, dengan
idealisme dan semangat setiakawan serta kekeluargaan yang tidak boleh
terpisahkan lagi, bagai rambut tersimpul mati.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
26
200. Atas semangat itu,… pahatkan wala’ yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan
patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang
dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia
serta sokongan yang tidak berbelah bagi.
201. Bergeraklah, dengan winning mentality,… tanpa rasa takut dan gentar,…
jangan ragu-ragu lagi,… bagi memenangi pilihanraya ini. Dengan penuh
rasa tawadhuk, yakinlah,… kita di atas jalan perjuangan yang dirahmat
lagi diredhai.
202. Bagi Seruan dan Semboyan yang ketiga : BERTINDAK-LAH DENGAN
PANTAS, SELESAIKAN CABARAN YANG AKAN DIHADAPI SECARA
SYURA DAN KEKELUARGAAN.
203. Justeru, sesekali jangan kita patah semangat dipukul badai perjuangan. Kalau
sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkalnya.
Beringatlah:
Keistimewaan Nabi dengan mukjizat,
Kelebihan Umat dengan muafakat.
204. Berundinglah dalam semangat syura dengan penuh hemah dan
berhikmah, kerana dalam syura itu Allah menjanjikan berkatnya.
205. Seruan dan Semboyan Keempat pula : BERTEMPUR DAN BERTARUNGLAH
DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL SEBAGAI PEJUANG SIBER.
206. Sebabnya, perang sebenar di pilihanraya kali ini adalah, PEPERANGAN DI
ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL. Kalau kita gagal menguasai dunia siber
dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini, mungkin menjadi siasia.
207. Saya pasti setiap orang mempunyai ‘alat’ seumpama ini.
208. Oleh itu,… gunakanlah ia sebaiknya. Jangan diharap hanya kepada
kelompok-kelompok tertentu sahaja, kerana sesungguhnya, kita lebih 3
juta Ahli UMNO atau lebih 7 juta Ahli Barisan Nasional, SETIAP
SEORANG ADALAH PEJUANG SIBER YANG SEBENARNYA.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
27
CRESCENDO
209. Dan Seruan serta Semboyan yang terakhir pula : BERTARUNG-LAH
DENGAN SEMANGAT JUANG DAN TEKAD YANG TINGGI BAHAWA,
KITA TELAH BERBUAT SEHABIS BAIK, BERUSAHA DAN MERANCANG
SEMAMPU MUNGKIN, LALU YANG TINGGAL, BERSERAH BULAT-LAH,
SAMBIL BERTAWAKAL KEPADA ALLAH HU TA’ALA.
210. Maka itu, kepada semua Ahli dan Jentera parti UMNO serta Barisan Nasional,
misi kita adalah satu, haluan besar kita juga ADALAH SATU, kekalkan
UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti PILIHAN UTAMA RAKYAT.
Kerana,… UMNOLAH,… PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN
SEJATI NEGARA BANGSA.
211. Sepertimana Allah menyeru di dalam Al-Quran, bahawa kita dikurniakan
akal fikiran, dua mata untuk melihat, lidah untuk kita bersuara, dua
tangan untuk bertindak serta dua jalan yang terbentang untuk dipilih
bagi menentukan halatuju hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan
bernegara.
212. Makanya, mahu tidak mahu, kita mesti menawan dan meyakinkan hati
rakyat kerana sudah tiba masanya wajib bagi mereka menggunakan
kebijaksanaan masing-masing yang dikurniakan Tuhan untuk membuat
keputusan mutlak sebagai hakim kepada Pilihanraya kali ini.
Dua pilihan itu adalah:
213. Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak
terang benderang, dengan segala harapan pasti, melonjak negara ke
masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang
terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh
dipertikaikan lagi.
214. Atau,… berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar, di
bawah cengkaman Dinasti DAP,… bahkan teraba-raba tanpa arah tuju,
kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan
mengheret kita KEMBALI KE MASA PURBA DAN SILAM, DENGAN
AMALAN-AMALAN KRONISME DAN PEMERINTAHAN ‘KUKU BESI’.
215. Dan yang anehnya, sehingga ada yang masih sanggup dipimpin oleh
seorang yang usianya seperti SENJA MENITI MALAM, sedangkan bekas
Presiden Mugabe di Zimbabwe yang seangkatan umur dengannya, kini
telah pun ditolak oleh rakyatnya sendiri.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
28
216. Yang paling mustahaknya, Kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL ini, ingin
menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau sini, bahkan
Agenda kitalah yang terlebih superior lagi terbaik menuju TN50 nanti,
tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia and we will continue to
keep the bar high for Malaysia,… PAR EXCELLENCE DUNIAWI, PAR
EXCELLENCE UKHRAWI.
217. Lantas,… UNTUK MEMPASTIKAN KEMENANGAN BESAR KALI INI,
SAYA PERINGATKAN KEPADA SEMUA, JANGANLAH DITIRU
SIFATNYA PAHAT. WALAU BAGAIMANA IA TAJAM, SEKALI DIKETUK,
SEKALI DIPUKUL, BARU BERGERAK.
TETAPI, TIRULAH RESMINYA GERGAJI YANG TAJAM. PULANG DAN
PERGINYA MEMBAWA KEPUTUSAN.
218. Kata orang,… KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIHNYA AYAH
BERKORBAN RAGA, KASIHNYA KITA KEPADA PARTI,… TIADA
PENGHUJUNGNYA.
219. Lalunya juga, berbekalkan kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak
Ke-11, yang telah dimulakan tiupannya oleh Apai Besai Allahyarham Tan
Sri Adenan Satem, kini diteruskan pula oleh Yang Amat Berhormat Abang
Jo, moga semangat Bumi Kenyalang yang sedang marak membara, akan
sekali lagi berhembus kencang ke Tanah Semenanjung.
220. Juga pastinya, semangat patriotisme menggunung setinggi Kinabalu oleh
Urang-Urang Sabah, yang pantang seinci pun Tanah Lahad Datu dirampas
orang,… setinggi itulah juga, kita kembangkan layar BAHTERA BESAR
PARTI UMNO dan BARISAN NASIONAL menuju gerbang kemenangan.
221. Seraya itu, ayuhlah,… ayuhlah,… kita buktikan bahawa, UMNO bukan
sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan
Nasional,…Tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya,…
PARTI BER-KA-RO-MAH UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
222. Kendati itu, kalau digantung kita tinggi,… biar dicincang kita lumat,…
namun,… menyerah tidak sekali-kali.
EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
29
PERANG KALI INI, KITA GEMPUR HABIS-HABISAN!!
PILIHANRAYA INI, PASTI MENDAPAT MENANG!!
DAN,…
PUTRAJAYA TETAP KITA PERTAHANKAN !!
Kepada Allah jua kita berserahkan diri dan parti ini, zahir dan batin.
HIDUP UMNO!
HIDUP BARISAN!
HIDUP MALAYSIA!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 12:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]