Kategori Ekonomi

UDA rancang majukan tanah wakaf luar KL

8 FEB: Berikutan kejayaan membangunkan tanah wakaf di ibu kota, UDA Holdings Bhd merancang untuk membangunkan 1.62 juta hektar tanah rizab Melayu di seluruh negara

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah berkata pihaknya melihat tanah rizab di Selangor dan Johor mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan nilai tanah berkenaan.

Katanya kebanyakan tanah ini berstatus pertanian serta terbiar dan agensi itu bersedia untuk menjadi pelopor dalam pembangunan tanah rizab Melayu .

“Kita akan pergi ke semua negeri ini yang terletak di luar Kuala Lumpur untuk mengenal pasti tanah yang kita boleh bangunkan.

“Kebanyakan tanah ini di luar kota. Sudah tentu ia boleh mendatangkan nilai pada masa akan datang dan saya percaya dalam masa terdekat, ia boleh menjadi sebuah bandar,” katanya selepas Taklimat Prospek Pembangunan Hartanah Bumiputera di ibu kota hari ini.

Sementara itu, Shafiei berkata UDA bakal melebarkan sayap ke Malaysia Timur untuk pembangunan tanah wakaf pada tahun ini.

Tambahnya, tanah seluas 2.02 hektar di Sabah dan 4.05 hektar di Sarawak sudah dikenalpasti untuk dibangunkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2018 6:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: