Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UDA serah tanah di Bangsar bagi selesai kes mahkamah

18 FEB : UDA Holdings Berhad menyerahkan lot tanah miliknya di Bangsar kepada Persatuan Euroasian Selangor dan Wilayah Persekutuan menerusi pertukaran yang dilakukan sebelum ini.

Pengerusinya Datuk Johari Abdul Ghani berkata penyerahan tanah yang seluas 9600 kaki persegi itu merupakan penyelesaian luar mahkamah berhubung saman yang dikenakan persatuan itu ke atas UDA dan kerajaan pusat.

Katanya, tanah di Jalan Bangsar Utama itu telah ditukar milik kepada persatuan itu supaya mereka dapat berpindah ke lokasi berkenaan ekoran pembangunan di lokasi tapak penjara Pudu.

JOHARI...mohon Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jadi pembangkang yang punyai fikiran maju.

jOHARI… dibuat berdasarkan penyelesaian kes di luar mahkamah

 

Sehubungan itu katanya, dakwaan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan wujudnya unsur penyalahgunaan kuasa berhubung isu itu adalah tidak benar memandangkan NGO itu tidak mengetahui fakta mengenai tanah tersebut.
“Ini semenangnya tidak betul dan mereka tidak mengetahui fakta sebenar mengenai pemilikan tanah di kawasan itu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Jumaat lalu, NGO berkenaan meminta UDA  Holding Berhad menyiasat satu lot tanah di Bangsar yang pernah menjadi tapak peniaga Melayu sebelum diusir.

Kumpulan itu mahu Johari membuat siasatan dan memberikan penjelasan itu dalam tempoh seminggu sebelum perkara tersebut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas ahli Parlimen Titiwangsa itu, dakwaan itu tidak betul kerana mereka tidak mengetahui fakta sebenar mengenai pemilikan tanah di kawasan itu.

“Jadi bagi mencari jalan penyelesaian terbaik, kami telah memberi lot tanah di lokasi berkenaan kepada persatuan itu supaya dapat memberi laluan kepada projek pembinaan di Penjara Pudu,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk pembinaan restoran oleh pihak lain di tapak tersebut memandangkan ia bawah milik persatuan tersebut.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 12:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: