Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ugut letupkan rakan kongsi dengan bom

13 JAN: Bimbang syarikat diisytihar bangkrap, seorang lelaki mengugut rakan kongsinya untuk meletupkan mereka berdua menggunakan bom tangan.

Bagaimanapun suspk berkenaan ditahan polis selepas mangsa membuat laporan.

Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan itu di sebuah kondominuim di Jalan Kuchai Lama, ibu kota.

Polis turut merampas sebuah objek dipercayai bom tangan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Roslan Khalid berkata polis masih memeriks sama ada bom terbabit palsu ataupun tidak.

“Bom itu pun kita belum pasti lagi sama ada bom palsu ataupun tidak dan kita sedang menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, untuk makluman semasa kejadian kita dah tutup semua blok kondominium, supaya jangan ambil risiko. Jadi sekarang ini unit bom dan unit K9 sudah memeriksa kawasan berkenaan dan didapati selamat,” katanya.

Objek dipercayai bom tangan itu ditemui tertanam di perkarangan kondominum terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api.

Bagaimanapun, Roslan menolak andaian ia membabitkan kegiatan pengganas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 10:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: