Kategori Berita Antarabangsa

Ugutan bom, pesawat Singapore Airlines patah balik

5 APRIL: Sebuah pesawat milik Singapore Airlines yang sedang dalam penerbangan ke Thailand pada hari ini diarahkan kembali ke Singapura selepas menerima ancaman bom daripada penumpang.

Reuters melaporkan pesawat tambang rendah Scoot dimiliki syarikat itu sepatutnya menuju ke Hat Yai namun terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Angkatan Pertahanan Udara Singapura dilaporkan mengiringi pesawat itu kembali ke republik berkenaan.

Dalam satu kenyataan rasmi di Facebook, Polis Singapura sudah menerima laporan terbabit dan sedang menjalankan siasatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2018 9:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: