Kategori Berita Antarabangsa

UK kuatkuasa cukai gula dalam minuman ringan

7 APRIL: Dalam usaha menangani masalah obesiti serta kerosakan gigi kanak-kanak, kerajaan Britain semalam mengenakan cukai gula ke atas minuman ringan.

Minuman mengandungi lima gram gula untuk setiap 100 mililiter (ml) akan dikenakan 18 pence (98 sen) setiap liter manakala lebih lapan gram per 100 ml adalah sebanyak 24 pence (RM1.30) per liter.

“Remaja di negara ini secara purata mengambil gula berlebihan pada setiap tahun dan ia menyebabkan trend obesiti membimbangkan,” kata Menteri Kesihatan Awam, Steve Brine.

Laporan AFP memyebut London berharap cukai itu akan meningkatkan pendapatan 240 juta pound (RM1.3 bilion) setahun yang akan digunakan untuk kemudahan sukan dan kelab sarapan pagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2018 9:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: