Kategori Berita Antarabangsa

Ulama Iran sokong Intifada Palestin

8 DIS: Ulama kanan Iran menggesa rakyat Palestin bangkit menentang Israel selepas Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Ayatollah Ahmad Khatami (foto) yang mengimamkan solat Jumaat hari ini, berkata keputusan dibuat Presiden Amerika Syarikat itu menjejaskan usaha damai.

“Trump membuktikan bahawa penawar bagi isu Palestin cuma Intifada.

“Cuma Intifada boleh menukarkan hari menjadi malam menakutkan bagi rejim Zionis,” kata beliau dalam khutbah Jumaat di masjid terbesar Iran, Mosalla.

Dalam perkembangan berkaitan, ratusan penduduk Iran berkumpul di seluruh negara itu hari ini bagi mengutuk keputusan Trump itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Lapor AFP, rakyat negara itu melaungkan ‘Mati Amerika’ dan ‘Mati Israel’, mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk berbunyi: ‘Baitulmaqdis milik Islam’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 8:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: