Kategori Berita Utama

Ulang Tahun UMNO dimulakan menyelami erti Nisfu Syaaban

11 MEI: Pengisian agama dan perkongsian ilmiah membuka tirai sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71, yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Ceramah agama disampaikan Datuk Badlishah Alaudin dengan mengupas pedoman dan maksud di sebalik malam Nisfu Syaaban itu mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan ahli UMNO yang membanjiri stadium sejak jam 3 petang tadi.

Barisan kepemimpinan parti keramat orang Melayu itu tidak melepaskan peluang mendengar ceramah agama, selain solat maghrib secara berjemaah yang akan diimamkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, tiba di perkarangan stadium pada jam 8.45 malam bagi majlis perasmian menerusi gimik penerimaan bendera Sang Saka Bangsa daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Lebih 100,000 ahli UMNO yang memakai baju berwarna merah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah memenuhi stadium tersebut sejak pukul enam petang tadi.

Turut kelihatan hadir bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional dan duta-duta negara asing.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 May 2017 9:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: