Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ular 20 kaki dijumpai dalam perigi

26 FEB: “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata seorang remaja yang menemui seekor ular sawa sepanjang 20 kaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang semalam.

Mohd Noor Irfan Mohd Faizal, 15, berkata dia dan ayahnya sedang mengangkat kelapa sawit ketika terdengar bunyi kocakan air di sebuah perigi lama.

“Masa itu dalam jam 5 petang, saya tengah teman tolak kelapa dengan ayah sebelum terdengar bunyi air macam ada benda besar jatuh dalam perigi. Bila tengok dekat, baru nampak ular besar tengah melingkar,” lapor Bernama.

Salah seorang penduduk, Syahrul Karim, 22 tahun berkata ular berkenaan berjaya dikeluarkan selepas dijerut dan ditarik seramai tujuh orang penduduk kampung.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 6 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Sharol, berat ular sawa berkenaan dianggarkan melebihi 80 kilogram.

Pihaknya juga sudah menghubungi Jabatan Perhilitan dan Zoo Negeri Johor bagi menempatkan haiwan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2018 10:28 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: