Kategori Berita Utama

UMNO kesal kerajaan tergesa-gesa tamatkan kontrak penjawat awam

16 MEI: Unit Komunikasi Ibu Pejabat UMNO Malaysia berasa kesal dengan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa tergesa-gesa menamatkan kontrak ribuan penjawat awam di seluruh negara selepas mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 10 Mei yang lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, parti itu menyifatkan tindakan pemberhentian itu tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan mereka sedang bersiap menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Raya tidak lama lagi.

“Kami kesal kerana ia dibuat secara tergesa-gesa, lebih-lebih lagi ketika mereka tidak berapa hari lagi memasuki Ramadan dan  seterusnya Hari Raya Puasa.

“Sudah pasti tindakan itu dilakukan tanpa sifat belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. Pemecatan itu pasti akan menjadi beban berat terutama mereka yang berkeluarga,” katanya dipetik portal UMNO online

Jelasnya, UMNO bersimpati dengan mangsa penamatan kontrak perkhidmatan ini kerana mereka sebenarnya tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas.

“Pemberhentian ini dibuat secara tidak berhemah ini dan memperlihatkan sikap sebenar PH walaupun hanya beberapa hari mengambil alih kerajaan,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (CUEPACS) dilaporkan tidak menerima sebarang aduan berhubung kakitangan awam kontrak yang diberhentikan kerja.

Presidennya, Datuk Azih Muda (foto) dipetik sebagai berkata kakitangan awam yang menerima jawatan sebagai lantikan politik seperti Setiausaha Akhbar dan sebagainya, sekiranya pemberhentian tugas berlaku, ia tidak boleh dianggap sebagai dibuang kerja.

Sejak Isnin, tular di media sosial apabila ada segelintir kakitangan awam kontrak mengadu kepada netizen berkenaan nasib mereka apabila menerima notis pemberhentian kerja selepas kerajaan Persekutuan bertukar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 12:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: