Kategori Berita Utama

UMNO masih parti terbesar orang Melayu

17 MEI: UMNO perlu bermuhasabah dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut berkata setiap yang berlaku mungkin ada hikmah di sebalik ujian Allah.

Bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ berkibar di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, ibu kota (foto fail)

“Mungkin Allah mahu UMNO kembali kepada falsafah dan asas perjuangannya yang asal sekali gus memperbaiki segala kelemahan dan keburukan lantaran kelekaan dan kelalaian diri sendiri.

“Justeru UMNO perlu bangkit daripada kekalahan ini dengan jiwa yang lebih besar demi menjamin hak dan suara rakyat benar-benar dipelihara dan dimartabatkan,” katanya menerusi satu  kenyataan hari ini.

Pada PRU14, Asyraf bertanding di Parlimen Pasir Puteh, namun kerusi berkenaan dimenangi PAS menerusi Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, dengan majoriti 1,360 undi.

Mengulas lanjut, Asyraf (foto) berkata, selepas seminggu rakyat memilih kerajaan Pakatan Harapan (PH), ramai mulai membicarakan mengenai masa depan UMNO.

Katanya, hakikat yang perlu diperakui semua, parti itu masih menjadi parti terbesar mewakili umat Islam dan Melayu.

“UMNO masih mempunyai 54 kerusi dan didokong lebih 3.5 juta rakyat dalam PRU14. Berbanding PH yang dikuasai 73 kerusi bukan Islam dan Melayu hanya 41 kerusi mewakili Islam dan Melayu.

“Ini bermakna perjuangan UMNO selaku parti utama yang mewakili umat Islam dan Melayu masih penting dan relevan. Bersama komponen lain, Barisan Nasional (BN) masih mempunyai 78 kerusi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 12:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: