Kategori Berita Utama

UMNO masih relevan dikalangan golongan muda

10 MEI: Dalam usaha mendekati golongan muda Parlimen Setiawangsa mengadakan larian Sang Saka Bangsa sempena Larian Ulangtahun UMNO ke-71.

Menurut Ahli parlimennya Datuk Ahmad Fauzi Zahari, pendekatan tersebut juga adalah bertujuan bagi melihat sejauh mana relevannya UMNO kepada golongan muda dimana dalam larian tersebut yang disertai seramai 1500 orang peserta berlari sambil memegang bendera UMNO .

“Jadi ini salah satu usaha kerajaan dengan membuat larian sempena UMNO ke-71 di Sabah, Utara dan Selatan, selagi mana mereka membawa bendera selagi itu UMNO masih relevan.

“Ia adalah usaha kerajaan mengambil isi hati anak muda dalam menggarap idea dan dasar negara melalui TN50 hingga 30 tahun akan datang. Semua keinginan dan kehendak kerajaan dalam menangani isu anak muda akan kita teruskan dari 71 tahun dulu dan 71 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menolak beberapa dakwaan dan spekulasi yang menyatakan UMNO sudah tidak lagi relevan pada mata golongan muda masa kini.

Mengulas lanjut mengenai larian tersebut, Fauzi berkata ia akan bermula di pejabat bahagian Setiwangsa dan akan berakhir di pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju dimana penyerahan bendera Sang Saka itu akan diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian Setiawangsa kepada Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Dalam masa yang sama, Fauzi turut menyeru supaya anak muda menilai dahulu sumber dan maklumat yang diperolehi khususnya mengenai Tun Razak Exchange (TRX) yang kini diasak oleh pembangkang dengan maklumat yang tidak tepat.

Secara jelas tindakan itu hanyalah bertujuan untuk memburukkan kerajaan di mata semua pihak terutama golongan muda.

“Kita tak boleh tahan anak muda dari mendapatkan maklumat sama ada tepat atau tidak tepat, itu memang cara masa kini, cuma apa yang saya boleh pesan saya harap golongan muda dapat menilai kembali maklumat yang dia perolehi, daripada mana sumber mereka dapat tentang maklumat tersebut.

“Cuma saya boleh jelaskan, tanah pada dua tahun lepas harganya RM583 sekaki tapi sekarang harganya menjadi 2-3 kali ganda meningkat dan ini bermakna kerajaan telah untung. Siapa yang buat perjanjian persefahaman dengan kerajaan maka kerajaan lah yang untung, kalau kita tak buat sesuatu kerajaan akan merugikan rakyat,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 6:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: