Kategori Berita Utama

UMNO-PAS hentam PH, pertahankan RUU Antiberita Tidak Benar

2 APRIL: UMNO dan PAS di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar hari ini menghentam PH apabila wakil rakyat kedua-dua parti itu bertindak untuk memperbetulkan persepsi PKR, DAP dan PAN berhubung RUU tersebut.

Ahli Parlimen Setiu, Zulkifly Jusoh sempat menyindir ahli parlimen pembangkang dengan memberi contoh paling mudah untuk difahami kesemua ahli parlimen supaya semua pihak boleh menerima dan memikirkan kepentingan RUU tersebut pada masa akan datang.

“Cuba lihat kepada ahli parlimen Pagoh *Tan Sri Muhyidin Yassin) yang dikaitkan skandal dengan bini orang, adakah ini berita palsu ataupun tidak?

“Cuba lihat pula kepada ahli parlimen Pandan yang disiarkan dalam Malaysiakini, ahli PKR dedahkan sikap benar Rafizi (Ramli), adakah ini benar? Atau bohong? Selagi tidak dinafikan kita pun tak tahu sama ada benar atau tidak?

“Ada lagi, kepimpinan Muhyiddin punca PPBM kucar-kacir, adakah ini nak dibenarkan?”soalnya sambil cuba dipertahankan ahli parlimen PKR Tumpat, Kamaruddin Jaafar namun diselar Zulkifly.

“Kalau lulus sahaja RUU ini, orang-orang tersebut boleh buat laporan polis dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ahli parlimen PAS Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali turut berkata setiap tuduhan yang dilemparkan kepada mana-mana individu mestilah berasaskan bukti yang kukuh.

Tegas beliau dalam memberi contoh terhadap apa yang dilemparkan kepada parti Islam itu, Khairuddin berkata tuduhan PAS menerima duit daripada UMNO adalah sama sekali tidak benar.

“Pembuktian adalah perkara asas, kalau tiada bukti bermakna individu tersebut adalah bebas daripada tuduhan, saya ingin tegaskan, PAS terima tuduhan dan tohmaha terima duit dari UMNO adalah tidak benar.

“Saya beli kereta dikatakan guna duit UMNO juga adalah tidak benar, gaji saya bukan sekadar sebagai ahli parlimen sahaja, saya juga merupakan seorang ahl perniagaan, itu adalah satu tuduhan yang jahat, kerana puluhan ribu manusia yang menuduh dengan tuduhan yang salah,” katanya ketika berbahas.

Ahli Parlimen PAN Parit Buntar Datuk Mujahid Rawa kemudiannya bertanya adakah perlu untuk membuat deklarasi aset seperti yang dilakukan PAN.

Namun perkara itu ditepis dengan bijak oleh Khairuddin sendiri.

“Itu urusan dalaman kami, Yang Berhormat sudah lari dari tajuk,Deklarasi asset adalah hak yang boleh dilaksanakan tapi bukan secara terbuka, ia akan mendedahkan kepada serangan lain pula terhadap kita,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 1:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: