Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UMNO-PAS sependapat tolak penganjuran Jerusalem’s Jubilee

5 JUN: UMNO dan PAS berang selepas Malaysia dipilih sebagai tuan rumah penganjuran program tiga hari “Jerusalem’s Jubilee” di Melaka bermula 15 Jun ini.

Mengumumkan akan membuat laporan polis, Pemuda UMNO Bukit Katil hari ini mempersoalkan kenapa Malaysia dipilih untuk sambutan ke-50 kemenangan Israel menjarah Palestin.

Ketuanya, Rohazam Bakar berkata Pemuda UMNO Melaka menolak sekeras-kerasnya penganjuran sambutan itu dan menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf Negara Yahudi.

“Kami Pemuda UMNO menolak sekeras-kerasnya sambutan ini diadakan di Malaysia terutamanya di bumi Melaka ini!

“Malaysia tidak mengiktiraf Negara Yahudi”, kata Ketuanya, Rohazam Bakar kepada UMNO-Online hari ini.

Isu itu pada mulanya ditimbulkan oleh Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan yang memuat naik poster program itu di Facebook, yang antaranya bertulis perkataan ‘Shalom Jerusalem’ dengan gambar menorah.

Menorah, selain Bintang Daud menjadi lambang popular Yahudi di seluruh dunia.

Beliau juga berkata “budaya Yahudi” sebegitu tidak selayaknya dibenarkan bertapak di negara ini.

“Sejarah luka penderitaan umat Islam angkara kekejaman Israel tidak mungkin boleh dilupakan.

“Kini, sengaja dicetus provokasi melampau terhadap umat Islam dengan menganjurkan Jerusalem’s Jubilee di bumi Malaysia,” kata Nasrudin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 June 2017 5:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: