Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UMNO Perak serah bukti video MP Taiping

22 NOV: Pemuda UMNO Perak menyerahkan bukti video yang memaparkan kenyataan penghinaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata laporan balas polis yang dibuat pihaknya hari ini adalah bertujuan untuk menyangkal tuduhan serius wakil rakyat DAP itu yang mendakwa pemuda UMNO negeri itu membuat laporan palsu.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Shahril Mohamed (tengah, depan) selepas membuat laporan polis di Ipoh hari ini.

“Hari ini, pihak kami menyerahkan video berdurasi 30 minit dan 36 saat kepada pihak polis.

“Malah, video yang tular ini kami petik daripada media rasmi Kor Ming sendiri, iaitu Taiping untuk diteliti oleh pihak berkuasa,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh hari ini.

Pada Selasa lalu, ADUN Kepayang itu mendakwa video itu disunting dan menafikan mengeluarkan kenyataan ‘P*****k’ kepada Zambry.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 6:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: