Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UMNO Sabah solid, kata Salleh Keruak

3 MEI: UMNO Sabah terus kukuh di bawah kepemimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri di bawah bayu, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan parti itu tidak goyah dengan khabar angin yang mengatakan sudah wujud bibit-bibit perebutan kuasa dalam kepimpinan UMNO di negeri itu.

“Kita berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, tidak ada masalah sama sekali dan kita sangat ‘solid’ di peringkat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah,” kata Salleh yang dipetik daripada Astro Awani, Rabu.

Namun, Salleh yang juga Bendahari UMNO menegaskan akar umbi serta pemimpin di negeri itu terus teguh di belakang Musa.

“Sejarah kita di Sabah sudah terbukti, sejak dahulu lagi kita  mengamalkan konsep kesetiaan kepada parti dan kita menyokong sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin.

“Saya selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, adalah tanggungjawab saya untuk menyokong padu Pengerusi yang juga Ketua Menteri,” ujar Salleh.

Tegas beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Barisan Nasional Sabah tidak terjejas dengan serangan musuh politik.

“Dalam politik, ‘in the world of the blind, the one-eyed man is king’ dan mereka sentiasa mahu memecah-belahkan kita.

“Tapi saya yakin rakyat Sabah sentiasa mengetahui ‘track record’ kita dan bersama dengan BN,” kata bekas Speaker DUN negeri itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 9:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: