Kategori Berita Utama

UMNO sokong pendekatan Kerajaan pertahan Islam

24 JAN: Pendirian kerajaan untuk terus mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama Islam termasuk kalimah Allah tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan negeri-negeri disokong oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat MT parti itu pada Jumaat.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat MT parti itu pada Jumaat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi UMNO juga mengambil maklum perjanjian 10 perkara yang telah dipersetujui oleh kerajaan pusat, yang mana perjanjian itu juga tertakluk kepada undang-undang dalam Enakmen yang ada di negeri-negeri.

“Kalau negeri berkenaan ada Enakmen, maknanya dia tertakluk kepada Enakmen di peringkat negeri.

“Kalau negerinya tidak ada Enakmen seperti Sabah dan Sarawak maknanya amalan seperti biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.

10 Point Solution on Bible in BMUntuk rekod penyelesaian 10 perkara yang telah ditandatangani bersama Sabah dan Sarawak pada April 2011 berhubung penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan polemik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri kemudiannya dilaporkan berkata hal ehwal agama setiap negeri terletak di bawah urusan kerajaan negeri dan bukannya Putrajaya.

Isu penggunaan kalimah Allah ini berbangkit selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible dalam bahasa Melayu dan Iban daripada premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Petaling Jaya 2 Januari lepas.

Ia adalah rentetan daripada kes mahkamah antara akhbar mingguan Katolik, The Herald dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pihak Kerajaan Persekutuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu.

Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lalu memutuskan melarang The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Serbuan tersebut mendapat kecaman hebat pemimpin-pemimpin pembangkang sehingga tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP negeri itu mencadangkan dibawa usul untuk meminda enakmen yang menghalang penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam dalam sidang dewan negeri akan datang.

Selangor mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) 1998 yang antaranya melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk “Allah”, “Nabi”, dan “Injil”.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 January 2014 7:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: