Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UMNO Tanah Merah dekati pengundi, sumbang baju raya

24 JUN: UMNO Bahagian Tanah Merah menggunakan pendekatan kreatif bagi mendekati pengundi melalui sumbangan baju raya untuk menawan hati mereka menjelang pilihanraya umum nanti.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata pihaknya sudah mengagih lebih 35,000 pasang baju raya kepada penerima di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 60,000 pasang keseluruhannya.

“Mana-mana perantau yang tidak sempat pulang ke kampung kerana kekangan tugas, kita akan menghubungi mereka untuk mendapatkan sumbangan baju raya di Kuala Lumpur.

“Manakala untuk di Sabah dan Sarawak, kita akan hantar melalui pos. Kita bagi kepada semua tanpa mengira fahaman politik atau agama kerana mereka yang bukan islam juga berpeluang menerima sumbangan ini,” katanya kepada selepas Majlis Sumbangan Baju Raya kepada Perantau, Sabtu.

Tambah beliau, sumbangan baju raya ini adalah salah satu usaha untuk meraikan pengundi Tanah Merah yang memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah dan DUN Gual Ipoh pada Mei 2013.

“Selain baju raya, sebelum ini juga kita juga mengagihkan pelbagai bentuk sumbangan termasuk baju dan beg sekolah,” kata Ikmal Hisham lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 June 2017 4:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: