Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UMNO tekad bantu mangsa banjir

7 JAN: Atas dasar perjuangan parti sejak 71 tahun dahulu, UMNO berazam menghulurkan bantuan sedaya upaya kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Ia terbukti apabila pasukan sukarelawan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) diketuai Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkesempatan menyampaikan barangan keperluan harian pada Ahad kepada keluarga yang terkesan di RTK Kg Sri Damai, Pekan Pahang.

BiKUM mendapat kerjasama sepenuhnya pelbagai agensi kerajaan serta UMNO Bahagian Pekan.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan berkesempatan melawat masyarakat di kawasan yang terkesan akibat bencana banjir.

Beliau berkata UMNO dan kerajaan akan sentiasa mengambil berat permasalahn masyarakat yang terkesan dengan bencana berkenaan.

“Ini bukti kita adalah kerajaan yang mendahului rakyat,” katanya.

Sementara itu, Shamsul berkata BiKUM akan ke Terengganu dalam masa terdekat untuk mengadakan Program UMNO BANTU RAKYAT 2.0 di Dungun.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 9:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: