Kategori Berita Utama

UMNO terbuka muzakarah dengan PAS

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO  bersifat terbuka berhubung kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

“Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak PAS,” kata Perdana Menteri.

Najib menjelaskan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob juga ada mengundangnya bagi membincangkan cadangan muzakarah antara kedua-dua pihak.

najibhadi

Hadi buka laluan supaya PAS dan UMNO bermuzakarah bincang isu agama.

Dalam sidang media selepas pelancaran Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN), di Kuala Lumpur, Isnin, Najib memberitahu kesediaan bertemu Ahmad dalam masa terdekat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan idea dialog demi perpaduan Islam, terutamanya dalam pelaksanaannya ajaran dan undang-undang Islam.

Cadangan itu dikemukakan ketika menggulung perbahasan di Muktamar PAS di Shah Alam yang berakhir Ahad.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 November 2013 12:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: