Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

UMNO terima 45,000 ahli baharu berdaftar melalui aplikasi

7 MEI: Stadium Nasional Bukit Jalil sudah bersedia menerima kehadiran seramai 140,000 akar umbi ‘Sang Saka Bangsa’ bagi mendengar amanat daripada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri sempena ulang tahun UMNO ke-71 pada 11 Mei depan.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, berkata segala persiapan  sedang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Insya-Allah, segenap ruang dalam Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi lautan merah penyokong Sang Saka Bangsa, sekali gus menggambarkan kesetiaan kepada presiden dan kesiapsiagaan ahli parti menempuhi pilihan raya umum akan datang.

“Stadium ini akan dihias lagi bagi membangkit dan menyuntik semangat dalam kalangan akar umbi yang akan hadir pada malam terbabit. Raptai penuh sambutan ulang tahun akan diadakan pada malam 10 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa lebih dua jam meninjau persediaan sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Sementara itu, Rauf berkata, lebih 45,000 orang sudah mendaftar sebagai ahli baharu parti menerusi aplikasi ‘Malaysia 4 all’.

Katanya, mereka yang sudah berdaftar layak untuk menyertai cabutan bertuah yang membabitkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta. 

“Saya buka jemputan kepada semua penyokong dan pendukung UMNO untuk bersama-sama hadir ke Bukit Jalil pada 11 Mei nanti,” kata Rauf lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 3:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: