Kategori Berita Utama

UMNO tunjang kemajuan negara

20 MEI: Sumbangan UMNO sejak 71 tahun dahulu kepada rakyat negara ini tidak boleh disangkal sehingga membawa kepada kemajuan negara.

Berikutan itu, parti keramat itu dan Barisan Nasional (BN) perlu terus berkuasa sebagai kerajaan bagi menjamin masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Disebabkan itu, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jentera parti perlu berusaha mendekati rakyat sebagai komitmen berterusan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Oleh itu UMNO perlu segera ketuk pintu rumah untuk mendekati pengundi, jangan ketuk kepala pula,” katanya berucap pada majlis pelancaran Jelajah Biro Kebajikan UMNO dengan tema ‘UMNO Bantu Rakyat’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas, Ampang, Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Tegas Najib yang juga Perdana Menteri, hakikatnya banyak sumbangan dan jasa UMNO serta kerajaan kepada rakyat, yang meliputi pelbagai sektor termasuk pendidikan, perumahan serta kesihatan.

“Saya boleh bagi banyak contoh sumbangan dan bantuan yang diberi kerajaan dan UMNO, sebut saja apa. Dalam bidang pendidikan, kita boleh kata pendidikan di negara ini adalah pendidikan percuma bermula di sekolah kebangsaan sehinggalah ke peringkat menegah

“Siapa yang bina sekolah? Siapa yang menyediakan makmal sains komputer dan sebagainya? Bukankah itu juga sumbangan UMNO  kepada rakyat,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurutnya lagi, kerajaan UMNO dan BN menyediakan pemberian khas kepada semua jemaah haji.

“Tadi saya lalu kaunter Tabung Haji, kita dapat lihat nak naik haji juga ada subsidi, siapa bagi subsidi, siapa wujudkan Tabung Haji? UMNO-lah. Kos dikenakan RM9,998, kita bagi subsisdi RM9,570 setiap orang.

“Ini tidak termasuk haji tajaan 1MDB percuma kepada Ketua Kampung dan Imam. Bahagian Ampang pun dapat, Bahagian Lenggong pun dapat, ” kata Najib.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam kunjungan untuk bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud di Riyadh yang dijadual esok, beliau akan menyampaikan ucapan terima kasih atas komitmen negara berkenaan meluluskan penambahan kuota haji untuk Malaysia.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 May 2017 12:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]