Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Umum calon awal amalan baik dan sesuai

19 MAC: Langkah Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon lebih awal bagi PRU ke14 akan mengelakkan unsur sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, langkah di luar kotak yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN itu adalah amalan yang baik dan sesuai untuk PRU-14 dan pilihan raya seterusnya.

Menurut Zahid biasanya calon BN diumum sehari sebelum penamaan calon, atau calon mendapat watikah pada malam sebelum penamaan calon.

Bagaimanapun, katanya langkah mengumumkan calon lebih awal akan membolehkannya bersiap siaga.

“Kita tahu lazimnya berlaku, ada yang berkecil hati kerana merasakan dirinya patut disambung semula sebagai calon atau merasakan dirinya saja yang layak. Jadi, ada proses pemujukan secukupnya sebelum hari penamaan calon.

“Kita mahu mengelakkan unsur sabotaj sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini apabila ada seseorang yang mempunyai pengikut mempengaruhi jentera parti untuk tidak melaksanakan tugas dalam kempen pilihan raya dan pada waktu yang sama, merosakkan undi serta melakukan sabotaj pada parti,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada sidang media selepas menyertai rakaman Program Bual Bicara “Orang Diparol” di Studio TV Al-Hijrah di Cyberjaya, hari ini.

Najib semalam memberitahu wartawan Malaysia di Sydney kemungkinan BN akan mengumumkan calon PRU-14 lebih awal daripada biasa selepas beliau meneliti senarai calon yang sudah diterimanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2018 11:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: