Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Umum manifesto sedangkan RoS belum lulus PH?

9 MAC: Sekumpulan anggota sayap PPBM melahirkan kehairanan bagaimana Pakatan Harapan yang diketuai DAP boleh mengeluarkan manifesto di bawah nama itu sedangkan mereka dalam pertikaian undang-undang dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung perkara itu.

Bekas Exco Pemuda PPBM, Muhd. Syazwan Ahmad Zainal berkata, bagaimana satu parti ingin mengumumkan manifesto beratus-ratus muka sedangkan mereka menyaman RoS berhubung pendaftaran nama tersebut?

‘‘Kita akan lihat perkembangan perkara ini kemudian nanti kerana ketika ini kami lebih memberi tumpuan kepada masalah dalaman PPBM,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, sayap Pemuda PPBM menggesa Kementerian Dalam Negeri campur tangan dalam menentukan kedudukan parti itu selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) gagal berbuat demikian.

‘‘RoS sehingga kini gagal dalam memberi keputusan berhubung kedudukan PPBM walaupun pelbagai desakan dibuat, menyebabkan mereka sebagai anggota parti berada dalam keadaan keliru,” ujarnya.

Justeru, katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri perlu campur tangan bagi menyelesaikan kebuntuan itu.

“Kira-kira 4,000 anggota sayap Pemuda PPBM akan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Parlimen jika kedudukan parti masih belum dijelaskan dalam tempoh terdekat ini.

“Maklumat lanjut berhubung demonstrasi itu akan dimaklumkan kepada pihak media tidak lama lagi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2018 12:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: