Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Undang-undang salah laku penjawat awam perlu

12 FEB : Satu undang-undang berkaitan salah laku penjawat awam perlu digubal segera bagi membolehkan pencegahan rasuah dapat dilaksanakan secara lebih holistik dan menyeluruh.

“Undang-undang berkaitan salah laku di kalangan penjawat awam perlu digubal bagi membolehkan masalah ketirisan dan pembaziran dalam pengendalian kewangan agensi negara” kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media khas di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di ibu negara, Khamis.

sprm rasuahMenurutnya, undang-undang sedemikian penting bagi mengambil tindakan ke atas penjawat awam yang tidak amanah serta sambil lewa dalam menjalankan tugas.

PPO yang juga salah satu daripada lima badan bebas yang memantau operasi dan perjalanan SPRM katanya, mendapati sebahagian besar kes yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah mengenai pembelian barang dengan harga yang mahal hingga menimbulkan persepsi berlakunya rasuah serta penyelewengan.

Sehubungan itu, beliau katanya, menyambut baik komitmen kerajaan pusat yang memandang serius Laporan Ketua Audit Negara untuk bertindak segera mengatasi isu dibangkitkan tanpa prasangka.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan mengambil serius tanggungjawab untuk melaksanakan tindakan berdasarkan penemuan dan teguran daripada Jabatan Audit Negara.

Ia susulan pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk memanggil sekurang-kurangnya lima kementerian yang dikategorikan sebagai melakukan ‘perbelanjaan berlebihan’ sebagaimana dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 5:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: