Kategori Berita Utama

Undang -undang terhadap penerima anugerah dari luar negara

17 MAC: Kerajaan akan menggubal rang undang-undang berhubung penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan sebagainya selain dari yang diiktiraf oleh negara bagi tujuan menjaga ketulenan penghormatan tersebut. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, undang-undang tersebut akan dibentang pada sidang Dewan Rakyat Jun ini.

“Kita dah bagitahu bahawa pada masa sekarang, kita belum ada undang-undang yang mengikat mereka yang mendapat gelaran luar daripada yang ditentukan daripada Yang Di Pertuan Agong  dan sultan. InsyaAllah akan diperkenalkan pada bulan Jun ini,” katanya di Dewan Rakyat, Isnin.

Shahidan...seorang daripada empat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan gulung bahas Bajet 2104 pada Isnin.

Shahidan..ada dapat gelaran daripada yang mengaku kerabat

Katanya, mereka yang mendapat gelaran dari pihak luar dan dalam negara oleh individu yang mengaku kerabat sultan sebuah negeri tidak diiktiraf.

“Bila rang undang-undang yang akan diperkenalkan nanti, mereka akan terikat dengan udang-undang tersebut, pada masa sekarang mungkin pemegang gelaran tersebut tidak tahu sama ada boleh menerima luar daripada Malaysia, yang keduanya mungkin mereka tahu dan ada perjanjian tertentu dan terpaksa menerima anugerah tersebut,” jelas beliau.

Beliau menjelaskan berkenaan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berhubung penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan sebagainya daripada negara luar.

Sebelum itu, soalan asal dikemukakan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming meminta pihak kerajaan untuk menjelaskan adakah kegiatan jual beli gelaran di dalam negara, namun Shahidan menafikan perkara tersebut.

Menurut beliau, semua gelaran yang diberikan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri mempunyai kriteria dan syarat-syarat yang membolehkan mereka untuk menerima gelaran tersebut.

“Berhubung dengan darjah kebesaran di peringkat persekutuan, ianya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kemudian Ketua Setiausaha Negara, wakil daripada polis, tentera, timbalan setiausaha Jabatan Perdana Menteri, wakil daripada pihak awam yang dalam keadaan sekarang ini diwakili menteri.

“Jadi semua syarat-syarat dan kriteria sudah ada disana, walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menerima apa-apa gelaran lagi tetapi beliau tahu syarat-syarat untuk terima gelaran ini dia kena ada asas utama untuk dipetimbangkan.

“Kalau ada bukti bahawa gelaran Datuk ini diperniagakan, kita hendaklah bawa ke tengah, sebab ini undang-undang negara mesti didasarkan kepada pembuktian dari segi fakta, bahawa Datuk ini dijual dilelong dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Arau itu.

Beliau turut menambah, buat setakat ini pihak kerajaan masih belum menerima sebarang maklumat berhubun jual beli gelaran ini dan sekali gus menafikan dakwaan wujudnya kepada perniagaan sebegitu. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 1:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: