Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Unit Forensik HKL terbakar

17 MAC: Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.30 tengah hari dan empat jentera ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Empat balai menghantar jentera masing- masing iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Chow Kit, BPP Hang Tuah, BPP Setapak dan BPP Jalan Tun Razak.

“Kebakaran dipercayai berlaku dalam bangunan forensik HKL,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kebakaran belum diketahui.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2018 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: