Kategori Berita Antarabangsa

Universiti Indonesia tarik larangan berpurdah

13 MAC: Sebuah universiti Islam di Indonesia menarik balik larangan permakaian purdah selepas dikritik kerana didakwa menyekat pilihan peribadi.

Minggu lalu, Universiti Islam Sunan Kalijaga di Yogyakarta mengeluarkan larangan terbabit kepada lebih 30 pelajar yang memakai niqab dan serta memberi amaran mereka bakal disingkirkan dari pengajian jika gagal mematuhi peraturan itu.

Foto hiasan

“Larangan pemakaian purdah tersebut akan dibatalkan bagi mengekalkan iklim akademik yang kondusif untuk keadilan sosial,” kata pihak universiti itu dalam satu kenyataan yang dipetik dari AFP.

Sebelum ini, larangan berkenaan membendung ekstremisme di Indonesia.

Laporan media tempatan negara itu menyebut beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti Ahmad Dahlan turut mengenakan larangan sama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 4:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: