Kategori Berita Antarabangsa

Universiti Islam Indonesia sekat pelajar pakai purdah

8 MAC: Sebuah universiti Islam di Indonesia dikritik aktivis agama semalam selepas mengenakan larangan pelajar perempuan memakai purdah disebabkan bimbang penyebaran ideologi radikal di kampus.

Laporan Reuters memetik jurucakap Universiti Islam Negeri (UIN) di Yogyakarta di Pulau Jawa yang berkata 41 pelajar memakai burqa akan diberi sesi kaunseling dan diminta membuka purdah jika mahu menamatkan pengajian.

foto hiasan

Susulan tindakan itu, gerakan konservatif, Front Pembela Islam (FPI) menganggap ia sebagai bertentangan dengan usaha untuk memelihara kepelbagaian di negara berkenaan.

Sementara itu, aktivis hak asasi wanita menyifatkan larangan itu sebagai cubaan untuk mengehadkan kebebasan wanita memilih pakaian.

“Memakai purdah adalah pilihan individu, Kita tidak boleh campur tangan kerana ia adalah sebahagian daripada hak kebebasan mereka,” tegas aktivis, Lathiefah Widuri Retyaningtyas.

Rektor universiti, Yudian Wahyudi dalam satu kenyataan memberitahu, pemakaian burqa adalah satu bentuk radikalisasi.

Ujarnya, pelajar masih dibenarkan memakai tudung asalkan tidak menutup muka mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 4:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: