Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Universiti P Ramlee di Besut beroperasi 15 Mac

14 MAC: Taman Ilmu di Besut, Terengganu bakal mencipta sejarah tersendiri sebagai hab
pendidikan tinggi dan gerbang pendidikan bagi Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) apabila kampus induk Universiti P Ramlee (UPR) akan beroperasi bermula 15 Mac.

Sebelum ini, 220 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah berpindah ke lokasi terbabit yang dilengkapi pelbagai kemudahan serba lengkap untuk mahasiswa.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Kuala Lumpur

Idea asal Taman Ilmu dicetuskan Datuk Seri Idris Jusoh dan direalisasikan pada era pemerintahan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Projek terbabit dimulakan pada 2007 melalui Rancangan Malaysia Ke-9 adalah di bawah ECER di kawasan seluas 280 hektar dengan kos lebih RM300 juta.

Menurut Razif, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) juga bakal mengikut jejak langkah UPR.

“Ini lambang penghargaan kerajaan kepada rakyat Terengganu yang sentiasa bekerja keras dan berhempas pulas memastikan negeri kita sentiasa kehadapan dalam bidang pendidikan,” katanya dipetik.

Sebelum ini, UPR dikenali Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, ibukota.

Pada Nov lalu, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ASWARA dinaik taraf menjadi universiti bermula tahun ini dan akan diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 7:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: