Kategori Ekonomi

Untung FGV lonjak 360 peratus

23 FEB: FGV Holdings Bhd (FGV) mengumumkan untung bersih syarikat itu melonjak 364.5 peratus kepada RM144 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding  RM31 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan syarikat perladangan itu susut dua peratus kepada RM16.975 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad bercakap pada sidang media selepas mengumumkan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2017 di Menara Felda Kuala Lumpur.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) RM417 juta bagi tahun lalu turut meningkat 60 peratus berbanding RM260 juta pada tahun sebelumnya.

“Sektor Perladangan mencatatkan kemajuan dengan keuntungan RM554 juta daripada RM234 juta pada tahun sebelumnya.

“Ia disokong oleh pengeluaran buah tandan segar ( FFB), marjin jualan minyak sawit mentah (MSM) yang baik dan prestasi kukuh daripada syarikat usaha sama,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad dalam satu kenyataan, hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2018 5:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: