Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Usaha terbaru Tengku Adnan dekati warga kota

5 OGOS: “Jangan anggap saya Menteri, anggap saya Ketua Kampung anda”.

Itu posting terbaharu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di twitter dan laman sosialnya yang lain sebagai usahanya untuk lebih mendekati warga Kuala Lumpur.

Ungkapan penuhnya, “Jangan anggap saya Menteri, anggap saya Ketua Kampung anda. Kalau ada masalah boleh kongsikan dengan saya, tak perlu ke jalanan. Janji warga Kuala Lumpur ceria”.

kunan ketua kampungPosting itu diterbitkan disemua laman sosial rasminya petang Rabu serta mendapat ulang terbit daripada pengikutnya di Twitter.

Tidak kurang juga yang mengadu untuk memohon Perumahan Rakyat Miskin dan pelbagai reaksi yang menarik sebagai usaha mereka bagi mendapat perhatian Tengku Adnan untuk membalas aduan mereka.

Setiap komen diterima Tengku Adnan yang mempunyai pertanyaan berhubung aduan setempat dijawab sebaik balasan diterima sejak petang tadi.

Tengku Adnan antara barisan kabinet yang aktif mendekati rakyat melalui media sosial dan sering membalas pertanyaan pengikutnya di Twitter walaupun adakalanya berbaur nakal daripada pengikutnya.

Sejak dilantik sebagai Menteri, ini adalah posting paling kreatif beliau mendekati rakyat melalui media sosial.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 5:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: