Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ustaz Bollywood, Mufti Menk dilarang masuk Singapura

30 OKT: Dua pendakwah terkemuka, Mufti Menk atau Ismail Musa Menk dan Haslin Baharim yang juga dikenali Ustaz Bollywood dilarang memasuki Singapura.

Kementerian Dalam Negeri Singapura hari ini memberitahu bahawa kedua-duanya akan terbabit dalam aktiviti dakwah bertemakan pelayaran dan dijangka berlabuh di negara itu dari 25 hingga 29 November ini.

“Mereka tidak dibenarkan untuk menghalang larangan itu dengan berdakwah di atas kapal pelayaran yang beroperasi ke dan dari Singapura,” katanya,

Kenyataan itu juga menyebut bahawa larangan itu bertujuan menjaga keharmonian agama dan sosial negara itu susulan gaya pengajaran mereka yang tidak sesuai dengan masyarakat Singapura.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2017 10:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: