Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ustaz dihukum 20 tahun, 4 sebatan

9 JUN: Seorang kerani kewangan sekolah agama di Sabah yang digelar ustaz, dipenjara 20 tahun dan empat sebatan, selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelaki pada Mei dan Ogos tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan tertuduh, Danny Jaudik, 24, menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula tarikh ditangkap iaitu 10 Ogos tahun lalu dan dua sebatan bagi tuduhan pertama.

Manakala, hukuman 10 tahun dan dua sebatan turut dikenakan bagi tuduhan kedua dengan hukuman dilakukan secara berasingan iaitu tertuduh diperintah menjalani hukuman selepas selesai menjalani hukuman pertama.

Bagi tuduhan pertama, ustaz itu didakwa melakukan rangsangan yang menjurus kepada kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki berumur 11 tahun di pejabat kerani kewangan sekolah agama terbabit pada Mei 2016.

Berdasarkan fakta kes bagi tuduhan pertama, tertuduh yang dipanggil ‘ustaz’ mencium pipi mangsa ketika dia bersama rakan lain pergi ke pejabat suspek untuk membayar yuran sekolah.

Bagi tuduhan kedua, berdasarkan keterangan ibu seorang lagi mangsa, anaknya mengadu tertuduh memegang tangan dan mengarahkannya berbogel ketika berada di pekarangan sekolah terbabit pada kira-kira jam 12 tengah hari pada 6 Ogos tahun lalu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 3:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: