Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ustaz Kazim seru umat Islam sokong UMNO

23 DIS: Seluruh umat Islam negara ini diseru agar menyokong UMNO kerana parti itu sebenarnya tidak pernah menolak agamawan, meminggirkan ulama atau menidakkan program keagamaan.

Saranan itu disuarakan pendakwah, Ustaz Mohd Kazim Elias yang kini benar-benar bebas setelah menolak tawaran jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pada masa yang sama mengumumkan keluar dari PAS pada 2 Disember lalu selepas menemui Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen.

Beliau berkata demikian dalam temubual dengan portal berita Malaysian Iquirer yang rakamannya dimuat naik ke laman youtube.

KAZIM...seru umat Islasm negara ini beri sokongan kepada UMNO.

KAZIM…seru umat Islasm negara ini beri sokongan kepada UMNO.

“Saya nak bagitahu kepada seluruh rakyat Malaysia UMNO tidak pernah meminggirkan ulamak dan tidak pernah menidakkan program keagamaan dan memartabatkan agama.

“Bila saya dengar yang Datuk Seri (Najib Tun Razak) nak buat itu, saya rasa seluruh umat Islam khususnya kena sokong dan beri kekuatan kepada Datuk Seri. UMNO tidak pernah menolak agamawan. UMNO tidak pernah menolak Islam,” kata Kazim.

Kazim selepas pertemuan dengan Najib secara profesional menolak jawatan MT UMNO yang ditawarkan kepada beliau atas alasan tidak mahu peranan menyebarkan dakwah Islam yang sudah dilakukan dengan meluas menjadi seolah terkunci kerana penglibatan selaku MT UMNO.

Manakala sikap pemimpin serta penyokong PAS yang melemparkan pelbagai tohmahan serta menghamburkan bermacam-macam kejian serta gelaran tidak senonoh walaupun ketika beliau belum membuat sebarang keputusan menerima atau menolak tawaran UMNO menemukan titik noktah perjuangan Kazim bersama PAS.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 December 2013 4:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: