Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Van bawa RM4 juta terbalik

1 FEB: Sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai sebanyak RM4 juta  dilaporkan terbalik di Jalan Lapangan Terbang Subang, Petaling Jaya pagi tadi.

Ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian hari ini, kenderaan itu terbalik selepas terbabas akibat perlanggaran dengan sebuah kenderaan.

“Berdasarkan siasatan awal, van itu sudah memasuki di depan laluan kereta itu hingga menyebabkan pemandu kereta itu tidak melanggar van itu dari arah belakang.

“Bagaimanapun, wang di dalam van itu sudah dialihkan ke van lain dengan selamat,” katanya.

Pemandu van dan kereta tidak cedera, namun dua penumpang dalam van berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 February 2018 3:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: