Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Van bertembung lori tangki, 4 maut

10 JULAI: Empat maut selepas van dinaiki bertembung dengan lori tangki sebelum dihempap kenderaan berat itu di Jalan Lahad Datu Tungku, Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, mangsa membabitkan dua lelaki dan dua wanita dewasa tetapi identiti mereka belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.59 pagi.

“Sebaik tiba, kita dapati sebuah van dihempap lori tangki berada dalam parit dan anggota bomba terus mengeluarkan mangsa dalam van berkenaan.

“Operasi menggunakan tiga kren dan semua mangsa dikeluarkan pada jam 9.22 pagi,” katanya hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 July 2017 11:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: