Kategori Berita Utama

Video 40,000 Bangla, pembangkang ‘checkmate’ !

10 DIS : Apakah sikap berdiam diri pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tayangan video membuktikan dakwaan berhubung isu  40,000 Bangla di Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu  menunjukkan mereka terbelit lidah sendiri kerana bertindak menafikannya sebelum ini?

Bagi Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, jawabannya mudah.

“Saya rasa mereka terkedu tentang video itu kerana sudah ‘checkmate’ bila ditunjuk bukti yang sah lagi sahih pembohongan Anwar terbongkar,” ujar beliau.

videoanwarbangla

Video sidang media Anwar mengenai isu Bangla ditunjukkan di PAU, Khamis lalu

Ketua Pembangkang itu sebelum ini menafikan beliau pernah berkata terdapat 40,000 Bangla telah dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) walaupun banyak media dan video menyiarkan kenyataannya itu.

“Kami bercakap mengenai pengundi dibawa dari Sabah dan Sarawak tetapi tidak berkata apa-apa mengenai 40,000 warga Bangladesh yang didaftarkan sebagai pengundi.

“Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog UMNO,” katanya di Parlimen baru-baru ini.

Ahmad berkata dakwaan pembangkang langsung tidak berasas dan telah dibuktikan melalui pendedahan video yang ditunjukkan ketika Perdana Menterii Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sewaktu menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO.

Menurut timbalan menteri Kewangan itu, pada awal video tersebut mendedahkan ucapan Anwar yang menyatakan beliau tidak pernah mengatakan 40,000 Bangla untuk mengundi.

Kemudian ditunjukkan pula video di mana sebelum PRU13 lalu, Anwar mengatakan beliau memperolehi maklumat kedatangan 40,000 bangla untuk mengundi dan jadual penerbangannya sekali.

“Video ini kita perolehi daripada sumber mereka sendiri iaitu TV Selangor dan bukan daripada sumber kita, ini bermakna video itu sahih dan bukan diolah oleh kita.

“Tetapi Anwar dengan muka sardin menafikan yang beliau sendiri pernah menyebutnya. Dalam ceramah-ceramah juga beliau menuduh Malaysia ini dimenangi oleh Najib disebabkan Banglasia iaitu Bangladesh dengan Indonesia,” kata beliau ketika ditemui bnbbc.my di lobi Parlimen, Selasa.

Justeru itu beliau mahu Anwar memberi respon dan ulas terhadap pendedahan tersebut.

Kalau tidak katanya, jelaslah isu itu sudah checkmate!. – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2013 6:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: